Sponsor

Thursday, April 3, 2014

Juruterbang Mogok, Syarikat Penerbangan Lufthansa Rugi Berjuta-juta Euro....

FRANKFURT, 2 April – Juruterbang-juruterbang Lufthansa memulakan mogok terbesar dalam sejarah syarikat penerbangan itu hari ini, membatalkan kebanyakan penerbangan bagi tiga hari seterusnya dan mengakibatkan seramai 425,000 ketiadaan penerbangan penghubung.
Lufthansa membatalkan kira-kira 3,800 penerbangan pada hari ini, Khamis dan Jumaat, ekoran mogok oleh juruterbang yang menuntut gaji dan syarat persaraan yang lebih baik. Selain perkhidmatan penumpang Lufthansa, mogok itu, yang bermula tengah malam tadi dan akan berakhir sehingga 11.59 malam hari Jumaat, juga akan menjejaskan subsidiari German wings syarikat penerbangan itu dan pengangkutan kargo Lufthansa Cargo. Mogok itu akan merugikan syarikat pengangkutan terbesar Jerman itu “berpuluh juta euro”, ia menganggarkan.
Dalam usaha mengelakkan kehuruharaan, Lufthansa telah memberitahu penumpang mengenai perubahan penerbangan melalui pesanan ringkas atau e-mel dan menawarkan untuk menempahkan mereka tiket di syarikat penerbangan lain.
Bagaimanapun, keadaan di lapangan terbang Frankfurt, terbesar di negara itu, kekal tenang hari ini, dengan sedikit barisan di terminal daftar masuk. Dan penerbangan yang beroperasi diteruskan seperti biasa. Kira-kira 60 penerbangan telah dibatalkan kelmarin supaya penumpang yang bertukar pesawat di Jerman tidak akan terkandas.
Ketua kesatuan juruterbang Cockpit, Joerg Handwerg, menulis dalam akhbar harian tempatan Neue Passauer Presse, berkata mogok itu adalah “satu-satunya cara untuk memaksa pihak pengurusan bertolak ansur.” Pendirian keras syarikat itu dipersalahkan, kerana ia cuba melanjurkan usia persaraan, yang pada masa ini 55 tahun, Handwerg berkata. Namun nampaknya tidak banyak simpati bagi juruterbang-juruterbang berkenaan.
Dan tindakan perindustrian itu telah membangkitkan kemarahan ramai ahli politik, malah dalam kerajaan, dengan Menteri Pengangkutan Alexander Dobrindt mengadu dalam satu temu bual akhbar bahawa “setiap hari mogok merosakkan pergerakan beratus-ratus ribu orang.” – AFP/Media Permata/3 April 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/