Ibu kepada seorang remaja
Iran Pouria Nourmohammadi yang menaiki MH370 dengan pasport curi berkata,
beliau meratap sendirian tanpa perkhabaran berhubung operasi mencari pesawat
itu. Beliau yang tinggal di
Jerman mendakwa terpaksa menjarakkan diri daripada mendapatkan maklumat
daripada taklimat kepada waris di Kuala Lumpur, yang hampir setiap hari,
menurut CNN.
Ini, kata ibu yang tidak dinamakan itu, hanya
kerana anaknya yang berusia 18 tahun itu melanggar undang-undang.Beliau bagaimanapun mempertahankan tindakan
anaknya itu dengan berkata, Pouria “hanya mahu meneroka impian indahnya”.
“Sebagai manusia biasa, sebagai ibu, tiada siapa
fikirkan saya. Saya keseorangan tanpa dokongan kecuali daripada Tuhan. “Walaupun dia (Pouria) mempunyai pasport curi,
dia masih muda dengan impian yang indah-indah.
"Saya juga ibu seperti ibu-ibu rakyat China,
dan saya juga mahu tahu apa yang berlaku. “Saya percaya pada Tuhan dan kemahuan-Nya pasti
berlaku. Tetapi semua 239 penumpang adalah sama, mungkin ada yang tidak percaya
padanya,” beliau dipetik sebagai berkata di Facebook.
MK/3 April 2014
0 comments:
Post a Comment