Sponsor

Wednesday, April 2, 2014

Sumbangan Apa Ustaz,..!..Kapal selam Tu Tak Boleh Selam Lah Ustaz......!!..

SHAH ALAM 2 APRIL: Mantan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata membaca berita negara asing yang menghantar kapal selam untuk membantu mencari pesawat MH370 terasa alangkah indahnya jika Malaysia juga mempunyai kapal selam yang boleh berfungsi baik. Dr Asri berkata, pelbagai isu kapal selam negara sudah lama kedengaran dengan kos pembelian Kapal Selam Scorpene daripada Peranchis dianggarkan berjumlah USD580 juta.
“Dalam keadaan seperti ini alangkah cantiknya jika ia dapat memberi sedikit sumbangan sepadan dengan harganya yang mahal,” tulis Dr Asri di laman sosial Facebooknya.
Beliau berkata, walaupun ada yang berkata ia tidak sesuai kerana tidak seperti yang dimiliki oleh ‘jiran sebelah’, tapi jawapan itu tidak memberikan kebanggaan pada negara. Sebelum ini, Kapal selam kelas Trafalgar Britain, HMS Tireless, telah tiba di selatan Lautan Hindi tatkala misi mencari pesawat Malaysia yang hilang di kawasan itu masuk hari ke-26 hari ini. Kerajaan UK juga membantu dengan meminjamkan pakar untuk memberikan bantuan teknikal dan keupayaan kepakaran dari Kementerian Pertahanan, Pejabat Hidrografik, Jabatan Pengangkutan dan Pejabat Meteorologi untuk membantu mengesan pesawat itu, katanya.
Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar semasa berada di kawasan Laut China Selatan pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Misi mencari pesawat itu melibatkan pelbagai negara, pada mulanya di kawasan Laut China Selatan dan kemudiannya – selepas pesawat itu dikesan melencong daripada laluan – di sepanjang dua koridor iaitu koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia sehingga selatan Lautan Hindi.
Berikutan hasil analisis terhadap data satelit, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) merumuskan Penerbangan MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya di tengah Lautan Hindi, barat Perth, Australia.
SK/2 April 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/