Sponsor

Friday, April 4, 2014

Pengarah Filem ‘Lord of The Rings’, Peter Jackson Sumbang Jet Peribadi Untuk Pencarian MH 370...

Pengarah filem Lord of The Rings, Peter Jackson menggunakan jet peribadi miliknya dalam operasi mencari MH370 yang dikesan di lokasi terakhir di selatan Lautan Hindi.
Jackson memiliki pesawat Gulstream G650 membenarkan pesawatnya itu digunakan bagi tujuan komunikasi untuk menghantar mesej di antara pesawat-pesawat yang terlibat dalam misi mencari itu.
Memetik kenyataannya di laman web Gulstream, jet miliknya itu mempunyai kelajuan tinggi dan berupaya untuk terbang pada jarak jauh berbanding pesawat biasa.
“Pesawat itu boleh membuat perjalanan tanpa henti dari Wellington, New Zealand ke Los Angeles, California, di mana kebanyakan penggambaran filemnya dijalankan. “G650 boleh membawa lapan penumpang dan empat anak kapal untuk perjalanan tanpa henti sejauh 7,000 batu nautika (12,964 km),” katanya.

Menurut laman web itu, pesawat milik Jackson bernilai puluhan juta dolar, malah kelajuannya mampu mencecah 708 batu sejam (1139.42 km sejam) dan menerusi operasi ini, ia digunakan secara bergilir dengan beberapa pesawat persendirian lain yang turut dihantar bagi tujuan sama.

Jurucakap Jackson, Matt Dravitzki mengesahkan bahawa  jet mewah milik Jackson yang dibeli pada Mac 2013,  namun enggan menjawab soalan sama ada Jackson sendiri menawarkan pesawatnya atau diminta oleh mana-mana pihak. “Jackson  tidak mahu mencari publisiti berkenaan perkara ini. Banyak lagi pesawat persendirian serta milik tentera turut serta dalam operasi ini. “Ia agak menyedihkan kerana disebabkan jet ini milik seorang selebriti, kini ia menjadi tumpuan ramai, sedangkan lebih 200 orang hilang (dalam pesawat MH370),” katanya.
SH/4 April 2914

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/