Sponsor

Saturday, April 5, 2014

‘Kuda Tunggangan’ Amerika Syarikat Bakal Di Pilih Sebagai Presiden Afghanistan Menggantikan Hamid Karzai...

Calon presiden Afghanistan, Ashraf Ghani sedang dalam sorotan kerana isterinya yang  kelahiran campuran Lebanon – Amerika , ternyata beragama Kristian akan menjadi ibu negara pertama yang beragama Kristian di negera majoriti Islam.
Afghanistan akan mengadakan pemilihan presiden untuk memilih pengganti Hamid Karzai dan Ashraf Ghani telah disebut-sebut sebagai salah seorang calon terkuat.
Ashraf Ghani adalah ahli Antropologi lulusan Amerika , mantan pejabat Bank Dunia dan berpendidikan Barat .
Ashraf Ghani kembali ke Afghanistan setelah pemerintahan Taliban digulingkan pihak militer Barat dan ia dipercayai oleh Hamid Karzai untuk memegang berbagai jabatan pemerintah termasuk menteri kewangan Afghanistan.
Ghani menghabiskan waktu hampir seperempat abad di luar negara ketika rakyat Afghanistan sibuk berjuang dan berperang dengan  pemerintahan Soviet, perang saudara dan pemerintahan Taliban.
Selama tempoh kemelut yang berlaku, Ashraf ghani hanya bekerja sebagai seorang ahli akademik di perguruan tinggi di Amerika Syarikat dan Denmark, dan pernah bekerja di Bank Dunia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa untuk urusan Asia Timur dan Selatan.
Selepas kejadian 11 September 2001, Ghani ditugaskan kembali ke Afghanistan untuk menjadi penasihat senior Karzai. Ghani adalah salah satu pendukung utama kesepakatan keamanan dengan AS untuk mempertahankan kedudukan pasukan tentera AS di Afghanistan. Dalam ucapannya, Ashraf berjanji akan mengembalikan pasukan AS ke Afghanistan jika terpilih sebagai Presiden. Ghani juga akan bakal  memilih mantan panglima perang Abdul Rashid Dostum yang pro soviet sebagai calon wakil Presiden.

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/