Sponsor

Sunday, April 6, 2014

Ibrahim Ali – ‘Islam Kuat, Melayu Selamat’,... UMNO Yang Memperjuangkan Melayu Kini ‘Hilang Arah, Hilang Punca’....

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali menegaskan parti politik berteraskan  Melayu di negara ini seperti PAS dan Umno mempunyai pemimpin yang "biol" kerana mereka sering bertelagah sehingga menyebabkan masyarakat pribumi dan Melayu menerima tempiasnya.
Pertelagahan kedua-dua parti itu menurut Ibrahim menyebabkan masyarakat Melayu berpecah-belah sekaligus memberi peluang kepada sesetengah pihak mengambil kesempatan terhadap kelemahan masyarakat majoriti di negara ini.
"Pemimpin kita banyak biol. Patut hantar ke Tanjung Rambutan. Apa benda yang bergaduh pun saya tidak faham. Kereta besar, rumah besar, hidup mewah, mahu apa lagi? "Semua ada. Nak apa lagi? Yang kita tuntut sikit sahaja. Kesatuan ummah. Memupuk silatutrahim. Kalau ini kita tidak jaga, Melayu ini akan hancur," katanya di hadapan sekitar 200 ahli Perkasa di Puchong, malam tadi.
Ibrahim, 64, ketika perjumpaan bersama ahlinya di kawasan Parlimen Puchong dalam "Program Perkasa Ummah" bertajuk "Agama, Bangsa, dan Tanah Air" berkata, Perkasa ibarat "menyediakan payung sebelum hujan" ketika masyarakat Melayu sudah menolak Umno dan PAS.
"Mewakili Melayu dalam politik ini ada dua, PAS dan Umno. Pada saya dua-dua ini penting. Umno dengan sejarahnya yang kita tahu, parti yang memperjuangkan kemerdekaan hingga membawa kegemilangan Melayu. Parti yang bersumpah memelihara negara ini.
"Satu lagi parti yang memperjuangkan Islam. Kita pula kebetulan beragama Islam. Islam pula penting. Islam kuat, Melayu selamat. "Tetapi Umno yang memperjuangkan Melayu kini hilang arah, hilang punca. PAS juga sama, hilang arah hilang punca," katanya, dan menambah, "esok kalau orang tolak Umno, benci dengan PAS, Perkasa ada."

MI/6 April 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/