Pakatan Rakyat menentang
sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bukan semata-mata untuk sokongan
politik, kerana jika itu tujuannya ia akan membiarkan sahaja kerajaan
melaksanakan dasar itu supaya BN ditolak rakyat dalam pilihanraya akan datang.
Ahli
Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata demikian ketika menyangkal
serangan Ahli Parlimen BN di Parlimen kelmarin yang menyebut kononnya Pakatan
menentang GST hanya untuk mendapatkan sokongan politik.
Beliau
menjelaskan bahawa jika benar Pakatan hanya mahu keuntungan politik, ia boleh
membiarkan saja GST dilaksanakan supaya “semua rakyat nampak bahawa kerajaan BN
buat mereka sengsara, tambah beban mereka.”
Beliau
mengambil contoh Progressive Conservative Party (PCP) Kanada yang kalah teruk
dalam Pilihan Raya Umum, dua tahun selepas melaksanakan cukai itu.
“Progressive
Conservative Party laksanakan GST. Pada pilihan raya pada 1993, dua tahun
selepas laksanakannya, mereka hanya tinggal dua kerusi.
“Pada
tahun 2003, parti itu dibubarkan. Ini akan terjadi selepas (kerajaan BN)
meluluskan dasar itu,” katanya.
GST
diperkenalkan di Kanada pada 1 Januari 1991 oleh Kerajaan CPP di bawah Perdana
Menteri Brian Mulroney. Dalam
pilihanraya dua tahun kemudian, PCP hanya menang dua daripada 295 calonnya yang
bertanding, serta 16.04 peratus undi popular. Walhal, pada pilihanraya
sebelumnya (1988), mereka menang 169 kerusi. Pada
7 Disember 2003, parti itu dibubarkan dan bergabung dengan pakatan Canadian
Alliance dan membentuk Conservative Party.
Setiausaha
Publisiti Kebangsaan DAP itu turut menyangkal kenyataan BN bahawa GST hanya
menambah cukai golongan kaya, bukannya miskin. “Kenyataan
itu tidak ambil kira peratusan perbelanjaan seseorang. Katakan saya dengan gaji
RM1,000 dengan perbelanjaan juga RM1,000. Dengan cukai 6 peratus, saya perlu
bayar RM60. “Jika
gaji saya RM20,000, perbelanjaan saya RM10,000 dan bakinya disimpan untuk
pelaburan. Saya perlu bayar cukai RM600 (6 peratus daripada perbelanjaan).
“Maka
sebenarnya, orang berpendapatan kecil bayar cukai enam peratus (RM60 daripada
pendapatan RM1000) manakala orang berpendapatan besar hanya bayar tiga peratus
(RM600 daripada pendapatan RM20,000),” katanya lagi.
RK/4 April 2014
0 comments:
Post a Comment