Kes Liwat II - Anwar Ibrahim

Mahkamah Rayuan berhenti bersidang selepas mendengar penggulungan dari pendakwaraya dan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat II. Pengerusi panel hakim, Datuk Balia Yusof Wahi mengucapkan terima kasih kepada peguam dan pendakwaraya sebelum meninggalkan mahkamah untuk membuat rumusan mengenai kes itu.

Sponsor

Saturday, April 25, 2015

Pakatan Rakyat Akan Berkubur Jika PRK Permatang Pauh Gagal Di Pertahankan..?

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memberi amaran bahawa Pakatan Rakyat akan terkubur sekiranya PKR kalah kerusi Parlimen Permatang Pauh pada hari mengundi 7 Mei nanti.Lim berkata Permatang Pauh adalah tempat Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan kerjaya politiknya dan jika PKR kalah kerusi itu, "ia adalah permulaan kepada berakhirnya bukan sahaja PKR tetapi juga Pakatan Rakyat". "Kita tidak boleh kalah di Permatang Pauh. Sama seperti BN. Mereka tidak...

Friday, April 24, 2015

Wakakaka..!.. Marah Apa Sampai Tunjuk Buah Dada Ni..?

Kuala Lumpur : Akibat tidak puas hati dengan tindakan seorang peniaga makanan di Petaling Street yang menuduhnya tidak membayar wang makanan, seorang wanita warga asing bertindak nekad dengan membuka pakaiannya, termasuk coli hingga separuh bogel sebelum mengajak peniaga itu bertumbuk. Kejadian itu dirakam oleh orang ramai sebelum disebarkan di media sosial dan menjadi ‘viral’ hari ini. Dalam video yang berdurasi 1.53 minit itu, wanita warga...

Hadiah ‘Istimewa’ Dari Isteri Untuk Suami..?

Beluran: Seorang wanita sanggup menjadikan sepupunya yang berusia 31 tahun sebagai hadiah perpisahan untuk suaminya dengan alasan lelaki itu ke Semenanjung untuk bekerja serta mendakwa sudah lama mengidam tubuh sepupunya itu. Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari di perkampungan air di pekan Beluran, di sini, Isnin lalu, wanita berusia 46 tahun itu dikatakan memanggil mangsa yang kebetulan melintasi rumahnya untuk ke kedai berhampiran. Menurut...

Thursday, April 23, 2015

Duta Besar Malaysia Tidak Setuju Dengan Laporan Majalah TEMPO Berkaitan Kehidupan Mewah Najib-Rosmah..?

Majalah berpengaruh Indonesia Tempo mempertahankan laporannya berhubung dakwaan gaya hidup mewah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor. Pengarang kanannya Purwanto Setiadi memberitahu Malaysiakini mereka percaya pada sumber pemberitaan itu yang telah dipilih secara cermat.“Seperti sebelumnya, kami akan memilih sumber (berita) dengan secermat mungkin.“Sehingga kini kami percaya dengan sumber-sumber yang kami gunakan,”...

Wednesday, April 22, 2015

Gambar - Pemandangan Luar Biasa Mekah Dan Madinah Dari Ruang Angkasa Sungguh Menakjubkan..?

Seorang angkasawan, Anton Shkaplerov menyiarkan gambar dua Kota Suci umat Islam dunia, Mekah dan Madinah. Gambar yang dirakamkan pada malam hari dari ruang angkasa International (ISS) itu amat menakjubkan. Kota suci Mekah dan Madinah dilihat terang benderang. Cahaya yang berkilau bak hamparan emas. Sementara pada salah satu titik ditengahnya terlihat cahaya putih dengan pandangan yang jelas. Anton Shkaplerov memasukkan gambar-gambar itu ke Twitter...

Penjara 20 Tahun Dan Pengawasan Ketat Terhadap Presiden Pilihan Rakyat Mesir, Dr Mohd Mursi..

Mesir, dibawah telunjuk Barat pimpinan Abdul fatah As Sisi telah menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun terhadap Presiden pilihan rakyat Mesir yang sah, Dr Mohd Morsi serta 12 lagi pemimpin Ikhwan Muslimin lainnya. Keputusan yang di bacakan oleh Majlis Kehakiman Mesir pada 21 April 2015 menjatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun terhadap Mohd Morsi serta beberapa pemimpin Ikhwan Muslimin lainnya termasuk Mohamed Beltagy, Essam el-Erian, Wajdi Ghoneim,...

Monday, April 20, 2015

Muktamar PAS-Jawatan Presiden Jadi Tumpuan, Kerusi Penyandang Bakal Melayang..?

Berbaki kira-kira 40 peratus atau 75 daripada 191 kawasan PAS yang belum bermesyuarat, kumpulan proulama terus menguasai pencalonan tiga jawatan tertinggi parti itu setakat semalam. Penyandang jawatan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus jauh meninggalkan pencabarnya, Naib Presiden Datuk Husam Musa dan bekas anggota Majlis Syura Ulama, Ahmad Awang sejak mesyuarat kawasan bermula bulan lalu. Setakat ini Abdul Hadi mendapat 80 pencalonan daripada...

Saturday, April 18, 2015

Tun Mahathir Yakin Umno Tidak Akan Selamat Jika Najib Tidak Di Singkirkan..?

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menggesa Umno menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, mengulangi niatnya untuk menyelamatkan Umno daripada kalah pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. Ia merupakan 2 daripada "pilihan" yang diberikan bekas perdana menteri itu kepada Umno, susulan kritikan beliau kepada Najib selama ini. "Kita berdepan dengan pilihan-pilihan ini. "Sama ada kamu singkirkan perdana menteri yang gagal dan...

Friday, April 17, 2015

Bergambar – Serangan Regim Zionis terhadap Rakyat Palestin Pada Himpunan Memperingati ‘Hari Tahanan Palestin’ Di Tepi Barat 16 April.

Belasan warga Palestin dilaporkan cedera setelah tentera Regim Zionis bertindak keras terhadap himpunan memperingati Hari Tahanan Palestin di Wilayah Tepi Barat pada Khamis/16 April 2015. Menurut saksi, Tentera Regim Zionis telah melepaskan Gas pemedih mata kearah Warga Palestin yang berkumpul menyebabkan Warga Palestin mengambil tindakbalas dengan melontarkan batu kearah Regim Israel. Berikut beberapa gambar yang sempat dirakamkan dalam...

Thursday, April 16, 2015

Tun Mahathir Tidak Keseorangan Lagi,..!.. Ibrahim Ali Muncul Sebagai Pembela..?

Datuk Ibrahim Ali hari ini menyelar sikap sesetengah pihak yang mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mempersoalkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, mengatakan bekas perdana menteri itu merupakan anugerah diberikan Allah kepada Malaysia. Ibrahim berkata ini kerana walaupun sudah tua, Dr Mahathir tetap memberikan teguran kepada kerajaan walaupun tidak mempunyai apa-apa kepentingan. “Kalau ada orang kata Dr Mahathir ‘diam, kamu orang...

Wednesday, April 15, 2015

Pengajaran Untuk Syiah Houthi.!. - Niat Jahat Abrahah Untuk Memusnahkan Kota Mekah Di ‘Pintas’ Sekawanan Burung [Ababil]..?

Sebuah broadcast beredar di sejumlah group WhatsApp bersama gambar mayat Abdul Karim al-Khiwani dan pesanan.. “Allahuakbar. Salah seorang pimpinan Syiah Houthi ini mengancam akan menyerang Ka’bah di musim haji tahun ini. Allah binasakan dia terlebih dahulu di hari pertama serangan Arab Saudi dan Koalisi,”.. Benarkah Abdul Karim al-Khiwani tewas di tangan tentara Arab Saudi ? Abdul Karim al-Khiwani merupakan salah seorang tokoh...

Tuesday, April 14, 2015

Bergambar - Gadis Tak Berdosa Menjadi Mangsa Eksploitasi Perang Di Yaman..?

Sebuah gambar ‘mengerikan’ tersebar meluas di media maya dengan wajah seorang gadis yang tidak berdosa kelihatan seperti menjadi mangsa peperangan. Bagaimanapun, gambar ini dikesan palsu dimana menunjukkan seorang pakar hias Iran sedang melakukan lukisan diwajah gadis tersebut.  Gambar ini diposisikan dalam keadaan berbaring ditanah dan dalam keadaan bersimbah darah seolah-olah gadis ini menjadi mangsa peperangan. Dipetik dari beberapa sumber,...

Monday, April 13, 2015

Pemimpin Hindu Cadang ‘Proses Pemandulan’ Bagi Menyekat Peningkatan Penganut Islam..?

Kadar pertambahan penduduk Muslim India dituding menjadi ancaman besar bagi kelangsungan masyarakat Hindu di India. Salah seorang pemimpin Hindu di India, Sadhi Deva Thakur mendesak Pemerintah India untuk melakukan pemandulan terhadap Muslim India termasuk juga penganut Kristian. Dipetik dari akhbar ‘Times of India’ pada ahad 12 April 2015, Thakur berkata, “Populasi Muslim dan Kristian India berkembang dari hari ke hari”..Menurut wakil Presiden All...

Sunday, April 12, 2015

Mukhriz Di Asak ADUN Kedah Untuk Nyatakan Sokongan Terhadap PM Najib..?

Ketika pemimpin Umno bersegera mempertahankan presiden mereka Datuk Seri Najib Razak, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir dikritik kerana tidak secara terbuka menyatakan sokongannya terhadap perdana menteri. Seorang wakil rakyat Umno Kedah mahu Mukhriz meletak jawatan sebagai menteri besar jika beliau tidak secara terbuka menyatakan sokongannya terhadap Najib, kerana katanya, anak bekas perdana menteri itu terhutang budi kepada presiden...

Saturday, April 11, 2015

Rakyat Patut Beri 'Isyarat' Tolak GST Dalam PRK Permatang Pauh Dan Rompin..?

Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan berlangsung di Parlimen Permatang Pauh dan Rompin Mei ini, dilihat akan memberi ruang kepada rakyat memberi isyarat mereka kepada kerajaan khususnya dalam isu cukai barang dan perkhidmatan (GST). Ahli Parlimen Kapar, G Manivannan berkata, pertemuan antara PR dan BN akan memberi peluang kepada rakyat untuk membuat pilihan bijak dan menilai keberkesanan kepimpinan kedua gabungan tersebut. “Dengan adanya isu-isu...

Wednesday, April 8, 2015

PRK Permatang Pauh 7 Mei 2015,.. Umno/BN Sudah Pasang ‘Angan-Angan’ Rampas Kerusi Permatang Pauh..?

BN Pulau Pinang bersedia untuk membantu Umno merampas kembali kerusi Permatang Pauh daripada PKR pada pilihan raya kecil akan datang. Pengerusinya Teng Chang Yeow berkata, semua parti komponen BN telah bermesyuarat sejak akhir tahun lepas untuk membincangkan persiapan di peringkat bawahan bagi pilihan raya kecil itu."Daripada tanda-tanda yang saya terima, Umno akan meletakkan calon pada pilihan raya kecil itu dan kami bersedia untuk membantu...

Monday, April 6, 2015

[Bergambar] – Kenali Lima Pejuang Palestin Yang Dihukum Penjara Seumur Hidup Oleh Regim Zionis-Yahudi…

Buat pertama kalinya, sebuah organisasi untuk tahanan Palestin melancarkan kempennya memperkenalkan para tahanan kekal atau seumur hidup yang berada didalam penjara Israel. Ini adalah sebahagian dari kempen terhadap pelanggaran hak asasi Manusia oleh pemerintah Zionis terhadap rakyat Palestin. Menurut organisasi Tahanan Palestin menyatakan selain ditahan atas dakwaan melanggar undang-undang, namun pemerintah Israel seringkali memenjarakan rakyat...

http://penburukonline.blogspot.my/