Sponsor

Saturday, April 25, 2015

Pakatan Rakyat Akan Berkubur Jika PRK Permatang Pauh Gagal Di Pertahankan..?

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memberi amaran bahawa Pakatan Rakyat akan terkubur sekiranya PKR kalah kerusi Parlimen Permatang Pauh pada hari mengundi 7 Mei nanti.Lim berkata Permatang Pauh adalah tempat Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan kerjaya politiknya dan jika PKR kalah kerusi itu, "ia adalah permulaan kepada berakhirnya bukan sahaja PKR tetapi juga Pakatan Rakyat".

"Kita tidak boleh kalah di Permatang Pauh. Sama seperti BN. Mereka tidak boleh kalah atau mendapat majoriti lebih rendah di Rompin," kata ketua menteri Pulau Pinang berkata, ketika ditemui di Bukit Mertajam."Akan ada implikasi besar di peringkat nasional dan (kekalahan di Rompin) juga akan memberi implikasi ke atas Perdana Menteri Datuk Najib Abdul Razak," katanya.

Najib, yang juga presiden BN dan Umno, kini menghadapi krisis kepimpinan dalam Umno manakala partinya berdepan dengan dua pilihan raya kecil.Pemilih di Rompin akan mengundi pada 5 Mei manakala di Permatang Pauh pada 7 Mei.Kerusi Rompin kosong selepas ahli Parlimennya Tan Sri Jamaluddin Jarjis, yang juga orang kanan Najib, terkorban dalan nahas helikopter di Semenyih, Selangor.

Pengundian awal bagi kerusi Permatang Pauh adalah pada 3 Mei.

Lim ditemui di Institut Kemahiran Belia Negara, yang menjadi pusat penamaan calon pilihan raya kecil Permatang Pauh, untuk memberi sokongan kepada calon PKR yang juga presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail."Sama ada kita suka atau tidak, sama ada kita bersedia untuk mengakuinya atau tidak, kita tidak boleh mengabaikan implikasi pilihan raya kecil ini," katanya.

Lim berkata Pakatan adalah lemah sekarang berbanding pada tahun 2013.
Lebih-lebih lagi selepas DAP memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana memfailkan rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, bagi memberi laluan kepada pelaksanaan hudud di Kelantan. Ini mendorong PAS Kawasan Permatang Pauh mengancam untuk memboikot, dengan menuntut Wan Azizah memohon maaf kerana tidak menyokong tindakan Hadi itu.
Dalam PRU13, Anwar masih bebas, dan berjaya memperolehi 52 peratus undi popular berbanding BN, dan mempunyai 85 ahli Parlimen di Parlimen.


"Sepanjang tempoh pilihan raya kecil ini, kita mahu melihat sama ada kita boleh memulihkan dan mengembalikan semangat Pakatan sebelum ini di Permatang Pauh dan Pulau Pinang," katanya. -MK/25 April 2015

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/