PERMATANG
PAUH - Nasib bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim
dijangka berakhir seperti Nelson Mandela yang diangkat menjadi Presiden Afrika
Selatan selepas dipenjarakan 27 tahun.Timbalan
Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Prof Madya Dr Shahruddin Badaruddin
berkata, keadaan itu boleh terjadi jika berlaku perubahan kepada kepimpinan
utama negara.
"Banyak
perkara (kemungkinan) boleh berlaku dalam batas politik negara, kita tak boleh
mengatakan bila Anwar dipenjarakan, masa depan politik akan berakhir. "Sebaliknya
nasib Anwar boleh jadi seperti Nelson Mandela, pada umurnya 70-an, keluar
(penjara) jadi presiden," katanya kepada pemberita selepas Forum Anak
Muda, anjuran March 2 Freedom dan Anwar Ibrahim Club (AIC), di sini, hari ini.
Mengulas
lanjut, beliau optimis Anwar akan dibebaskan lebih awal sama ada menerusi
proses perundangan biasa ataupun faktor perubahan politik negara."Kita
tahu Anwar kena penjara lima tahun, dan mungkin tiga setengah tahun jika
berkelakuan baik atau proses biasa seperti pengampunan atau mungkin berlaku
pertukaran kepimpinan dalam konteks negara."Sudah
pasti landskap politik yang berubah itu akan menyebabkan kedudukan Anwar dalam
penjara juga berubah," ujarnya.
Ditanya
tentang keupayaan Anwar untuk mengambil alih pentadbiran disebabkan faktor
umur, beliau berkata perkara bukan halangan kerana bekas ahli Parlimen didakwa
masih menyegat dalam politik negara."Bagi
saya dia (Anwar) masih menyengat dan dia akan menyengat dalam 15 tahun akan
datang ini, kalau kita tengok DNA adik-beradik dan ayahnya sendiri, umur mereka
panjang-panjang."Macam
Tun Dr Mahathir sendiri, walaupun umur 90 tahun, bayangkan perkara sama
dimiliki Anwar dari segi pemikiran, kesihatan dan umurnya mencecah 67 tahun,
dia masih ada 22 tahun lagi untuk beliau berkecimpung dalam arena politik
Malaysia," katanya lagi.-SH/3 Mei 2015
0 comments:
Post a Comment