Sponsor

Thursday, May 14, 2015

Ustaz Ahmad Awang Terima Pencalonan Jawatan Presiden PAS Atas Dorongan Sahabat Dan Tidak Mahu Kecewakan Kawan-Kawan..?

Bekas naib presiden Pas, Ahmad Awang mengesahkan bahawa beliau akan mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi merebut jawatan Presiden Pas pada pemilihan parti itu, bulan depan.Beliau yang hadir sendiri menyerahkan borang penerimaan pencalonan jawatan itu kira-kira jam 10.50 pagi tadi itu bagaimanapun berkata, soal kalah atau menang itu terletak di tangan perwakilan.

"Saya menerima pencalonan untuk jawatan presiden sahaja daripada beberapa jawatan lain termasuk pemeriksa kira-kira.
"Saya menyahut panggilan ini selepas berfikir panjang dan sahabat yang mendorong saya menerima jawatan ini, maka saya tidak mahu mengecewakan mereka,"
katanya kepada pemberita di pekarangan Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini.

Ahmad melayakkan diri untuk bertanding jawatan Presiden Pas selepas dicalonkan oleh Pas Kawasan Bukit Gelugur. Beliau juga disahkan mengalahkan Abdul Hadi dalam pemilihan kawasan Jelebu, Negeri Sembilan. Ahmad mendapat 41 undi, Abdul Hadi 16 undi, manakala Pas kawasan itu sebulat suara mencalonkan Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden Pas.

Pada 21 Mac lalu, Ahmad yang juga bekas pesuruhjaya Pas Perak telah mendapat pencalonan pertama sebagai Presiden Pas dari kawasan Parit Sulung, Johor. Dalam Perlembagaan Pas, untuk bertanding jawatan presiden, seseorang hanya memerlukan pencalonan minimum dua kawasan.Jawatan Presiden Pas tidak pernah dipertandingkan sejak parti itu ditubuhkan pada 1951 dan ini merupakan kali pertama ia dicabar secara demokrasi.
Mengulas lanjut, beliau menegaskan tidak timbul isu perebutan jawatan itu antara sesama ahli parti itu kerana ia adalah hak demokrasi dalam Pas."Walaupun ini kali pertama (pertandingan) sejak zaman Presiden Pas, Dr Burhanuddin Helmi dicabar oleh Prof Zulkifli Mohamad tapi tiada masalah."Ini hak demokrasi yang calonkan dan mencalonkan, tidak timbul pertandingan antara satu dengan lain dalam parti politik "Ini juga adalah dengan semangat ukhuwah seperti antara Burhanuddin Helmi dan Zulkifli Mohamad tidak pernah timbul (pergeseran) di antara penyokong kedua-dua pihak," ujarnya.
Dalam pada itu, Ahmad juga berkata, keputusan itu dibuat untuk mengukuhkan kerjasama politik Pas dengan PR yang seringkali dilihat berbalah antara satu sama lain. "Saya berusaha menyatukan Pas semula dengan semangat persaudaraan, mengukuhkan parti sebagai tunjang dalam PR.
"Saya lihat perlu diperbaiki lagi, lebih-lebih lagi dalam usaha menuju Putrajaya, semangat demokrasi dan menjelang PRU14," katanya lagi.-SH/14 Mei 2015

Datuk Ahmad Yakob - Kewibawaan Tuan Guru Hadi Awang Sukar Di Tandingi..
KOTA BHARU - Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob hari ini beranggapan bekas Naib Presiden Pas, Ahmad Awang menghadapi kesukaran untuk menang bagi merebut jawatan Presiden parti pada pemilihan Jun nanti. Ahmad berkata, hal ini kerana kewibawaan yang ada pada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sukar untuk ditandingi dengan mana-mana calon lain sehingga kini."Bertanding boleh tapi nak menang tu susah saya rasa," katanya kepada media, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas pengesahan Ahmad Awang yang akan mencabar jawatan presiden pada muktamar nanti. Ahmad yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan menyifatkan perkara tersebut sebagai satu sejarah dalam politik Pas.
Dalam masa yang sama beliau mengulangi pendiriannya bahawa sehingga kini tidak ada sebab untuk menukar presiden parti. "Setakat ini (Abdul Hadi) sesuai dengan dasar parti dan apa yang Pas miliki adalah lebih tepat apa yang ada pada presiden," katanya.
SH

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/