Sponsor

Wednesday, October 1, 2014

Harga Diesel Dan Petrol Naik Lagi.... ‘Rakyat Di Minta Senyum Saja’...pehhh..!..


Harga petrol akan naik kepada RM2.30 seliter daripada RM2.10 sekarang dan diesel RM2.20 daripada RM2. –  Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Oktober, 2014.
Harga petrol RON95 dan diesel akan dinaikkan mulai tengah malam ini ekoran keputusan kerajaan hari ini menurunkan subsidi minyak dan diesel sebanyak 20 sen, kata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
Menurut KPDNKK, harga petrol akan naik kepada RM2.30 seliter daripada RM2.10 sekarang dan diesel RM2.20 daripada RM2.
"Walaupun dengan pengurangan kadar subsidi ini, kerajaan menganggarkan masih perlu membelanjakan lebih RM21 bilion bagi subsidi petrol RON95, diesel dan LPG untuk tahun 2014," kata kenyataan KPDNKK  itu.
Menurut KPDNKK, langkah ini juga adalah selaras dengan dasar rasionalisasi subsidi kerajaan dalam memastikan kedudukan kewangan negara terus kukuh. KPDNKK berkata, dengan pengurangan subsidi ini, kerajaan juga dijangka dapat mengurangkan ketirisan dan aktiviti penyeludupan golongan tidak bertanggungjawab.
"Pemberian subsidi perlu lebih bersasar dan tidak secara pukal, dengan bukan warganegara Malaysia, termasuk pelancong asing turut menikmati subsidi yang diberikan kerajaan. "Langkah ini juga dapat menghasilkan penjimatan yang setimpal dan boleh digunakan untuk pembangunan pendidikan, kesihatan, sistem pengangkutan awam yang lebih meluas dan cekap serta meningkatkan keselamatan negara," kata KPDNKK.
Menyedari langkah rasionalisasi subsidi itu akan memberi kesan kepada ekonomi dan masyarakat, KPDNKK berkata kerajaan akan terus menyediakan pelbagai bantuan dan insentif bagi meringankan beban terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Antara langkah yang akan diambil kerajaan ialah menaikkan kadar pemberian BR1M yang akan diumumkan dalam Bajet 2015 kelak.
Kali terakhir kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak RON95 dan diesel ialah tahun lepas iaitu sebanyak 20 sen mulai 3 September 2013.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengatakan ia salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan yang ketika itu menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel. Jumlah bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan tahun lepas ialah RM24.8 bilion.

Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen pada tahun lepas itu bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel. – TMI/1 Oktober 2014.

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/