Sponsor

Thursday, October 30, 2014

GST - Ku Li Gesa Kerajaan Dengar Rintihan Rakyat..


Putrajaya perlu mendengar rintihan rakyat dan tangguhkan dulu pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan, kata bekas Menteri Kewangan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 Oktober, 2014.
Bekas Menteri Kewangan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah menyeru Putrajaya menangguhkan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kerana bimbang dengan prospek ekonomi negara.
Ahli Parlimen Gua Musang itu yang dikenali sebagai Ku Li berkata, kerajaan memekakkan telinga dan enggan mendengar rintihan rakyat.
"Hampir setiap tahun bajet yang dibentangkan seperti meminggirkan masalah rakyat.
"Terlalu banyak kritikan di Parlimen dan orang awam, juga di sosial media tetapi pemimpin kerajaan tidak mendengar langsung punca keretakan ekonomi dengan mengambil sikap tidak ambil peduli," katanya dalam surat yang diedarkan kepada semua ahli Parlimen hari ini.
Ku Li berkata demikian dalam surat setebal 6 mukasurat mengenai Bajet 2015 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diedarkan kepada semua ahli Parlimen di Parlimen hari ini.
Surat itu berkata, kerajaan perlu bersikap sensitif terhadap faktor lain yang boleh membawa kepada kejatuhan ekonomi termasuk undang-undang seperti Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Universiti Kolej Universiti (Auku). –TMI/30 Oktober, 2014.

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/