Sponsor

Friday, October 10, 2014

Banjir – ‘Janji Tinggal Janji’..?..


Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) menggesa kerajaan negeri Pahang melunas dan menyelesaikan segera janji pemberian wang bantuan kepada mangsa banjir tahun lalu.
Pengerusinya Mohd Shukri Ramli berkata, ini disebabkan masih ramai yang merungut belum mendapat wang tersebut sedangkan cuaca di daerah ini kini sering hujan lebat yang mungkin menyebabkan mereka ditimpa bencana banjir sekali lagi.

Katanya, jika kerajaan gagal satu himpunan rakyat akan digerakkan sebelum banjir kali kedua melanda tahun ini supaya kerajan yang dipilih rakyat ini lebih prihatin dan cakna masalah rakyat. “Cuaca di ibu negeri mulai sejuk dan sering hujan lebat dari malam tadi hujan sampai ke pagi. Penduduk sudah mulai mencongak musim tengkujuh kembali melanda sekali gus banjir datang lagi. “Namun ramai yang tertanya-tanya mana perginya duit banjir sumbangan kerajaan Emiriyah Arab (UAE) sebanyak USD10 juta yang dijanji untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir penghujung tahun lalu,” katanya.

Awal Disember tahun lalu daerah Kuantan dilanda bencana banjir paling buruk dalam sejarah sehingga hampir 30,000 penduduk terpaksa dipindahkan  ke pusat pemindahan banjir. Keadaan tersebut disebabkan hujat lebat selama beberapa hari sehingga air Sungai Kuantan naik mendadak serta fenomena air laut pasang besar. Dalam kejadian tersebut buat pertama kali pusat bandar Kuantan lumpuh ditenggelami air, harta benda awam dan persendirian musnah serta tiga jiwa turut terkorban.

Shukri berkata, Rakyat tidak suka terus dimomokkan dengan janji manis kerajaan. Meskipun mereka bukanlah lapar sangat dengan wang tersebut tetapi soal integriti menguruskan sumber kewangan yang diperoleh. “Bagaimana dalam satu kawasan perumahan yang sama-sama meredah banjir ada separuh yang dapat dan separuh lagi kempunan? “Kasihan mangsa, ada yang beratur panjang, berebut-rebut sehingga tiga kali beri nombor akaun bank. Ada yang sampai bertumbuk di Komplek Penyayang, semuanya mengharapkan duit banjir, tetapi senyap sunyi sehingga kini,” ujarnya.

Shukri berkata, kerajaan berjanji untuk memberi dua kali wang bantuan banjir iaitu RM750 daripada kerajaan negeri dan jumlah yang sama oleh bantuan Emiriyah Arab. Tambahnya, wang bantuan kedua itu kononnya dimasukkan terus ke akaun mangsa yang berdaftar melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Namun ramai mangsa yang mengadu belum menerimanya sama ada bantuan pertama mahupun bantuan kedua. - HD 10/10/2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/