Sponsor

Monday, October 27, 2014

[Bergambar] - Sambutan Hebat Terhadap Anwar Ibrahim Di Universiti Malaya - 27 Oktorber 2014

Hampir 4,000 orang yang hadir ke program pidato Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini berjaya masuk ke dalam Universiti Malaya bagi menuju ke dataran Dewan Tuanku Chanselor (DTC).

Mereka yang tersekat di luar pintu masuk utama dari arah Kuala Lumpur selepas dihalang dengan pagar ditutup oleh pihak keselamatan universiti, berjaya masuk ke dalam kawasan universiti kira-kira jam 9.15 malam setelah pintu pagar terbuka selepas ditolak.

Pihak keselamatan yang pada awalnya membuat benteng di belakang pagar, hanya membiarkan sahaja peserta berarak masuk menuju ke DTC.

Tidak beberapa lama kemudian Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat tiba di pintu pagar masuk UM bersama isteri dan anak-anak beliau. Ketua Pembangkang itu kemudian dibawa dengan kenderaan pacuan empat roda menuju ke DTC.

Anwar dijangka menyampaikan pidato terakhir beliau malam ini sebelum ke Mahkamah Persekutuan Putrajaya pagi esok bagi mendengar rayuan kes Fitnah ll terhadap beliau.

Biarpun hujan pada awal tadi, masyarakat awam serta sebahagian besar bekas pelajar UM tetap datang bagi mendengar pidato Anwar.




HD - 27/10/2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/