Sebuah helikopter milik Polis Diraja Malaysia (PDRM)
terhempas, ketika menyertai misi menghantar bantuan kepada mangsa banjir di
Kelantan.
“Saya sahkan Helicopter @PDRMsia terlibat kemalangan di Kpg Rambai, Tanah Merah, Kelantan. Alhamdulilah 2 juruterbang dan 2 Crew Selamat.
“Helicopter @PDRMsia dalam misi menghantar bekalan makanan kpd mangsa banjir di Kg Rambai, Tanah Merah. Alhamdulilah semua Selamat,” katanya.
Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kelantan
memaklumkan, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan pada jam 6.42 petang.“Kejadian
melibatkan sebuah helikopter PDRM yang terhempas di kawasan perumahan dan
menyebabkan 3 pegawai PDRM dan seorang awam cedera.“Kesemua mangsa telah
dikeluarkan dan dibawa ke Hospital Tanah Merah,” katanya.
0 comments:
Post a Comment