Pemimpin
pejuang Jabhat Al-Nusrah, Anas Sharkas atau lebih terkenal sebagai Abu Anas
Al-Shishani mengancam akan melakukan serangan di Libanon jika isteri dan
anaknya yang ditahan pemimpin setempat disakiti.
Harian
local ‘As-Safir’ mengatakan penangkapan isteri Shishani iaitu A'la al-Oqaili dan
kedua puteranya telah membuatkan Shishani marah. Beliau menghubungi seseorang dari
pejabat senior Komite Ulama Muslim dan menuntut tindakan cepat untuk
membebaskan isterinya atau “Lebanon akan menghadapi ‘Kesengsaraan, kerusakan
dan yang jauh lebih buruk pada masa akan datang”, jika isteri dan atau
anak-anaknya disakiti.
A'la
Al-Oqaili ditahan dengan pengawasan yang ketat di sel penjara di Jabatan
Pertahanan Lebanon bersebelahan dengan seorang wanita yang sebelum ini didakwa
oleh Lebanon sebagai bekas isteri Pemimpin Islamic State (IS), Abu Bakar Al-Baghdadi,
Saja Al-Dulaimi.
Jelas
Harian As-Safir, Kedua-dua tahanan A’la al-Oqaili dan Saja Al-Dulaimi dibenarkan
untuk mendapat rawatan oleh para Doktor dan mereka diizinkan untuk berhubungan
dengan anak-anak yang dibawa kepusat rawatan sosial serta dikawal rapi oleh
anggota tentera.
Kekeliruan
mengenai Status ‘Saja Al-Dulaimi’..
Kekeliruan muncul beberapa hari lepas,
pemerintah Lebanon mendakwa telah menahan bekas Isteri pemimpin Islamic State
(IS), Al Baghdadi. Meskipun tidak ada bantahan rasmi dari pihak Islamic State
mengenai status wanita yang ditahan tetapi pemerintah Syiah Iraq telah menyatakan
bantahan terhadap dakwaan pemerintah Lebanon.
[Sumber
dari Kementerian Dalam Negeri Iraq mengatakan bahawa Wanita yang ditahan oleh
Pemerintah Lebanon bukanlah Isteri kepada Pemimpin Islamic State (IS) Al-Baghdadi,
tetapi Wanita itu adalah adik kepada seorang lelaki yang dihukum kerana melakukan
pengeboman di Iraq selatan].. “Yang ditahan pihak berkuasa Lebanon adalah ‘Saja
Abdul Hamid al-Dulaimi’, adik Omar Abdul hamid al-Dulaimi yang telah ditahan
oleh pihak berkuasa dan dijatuhkan hukuman mati kerana terlibat melakukan
pengeboman”.. jelas jurubicara KDN Iraq, Brigider Jen. Saad Maan.
Nama
sebenar bagi isteri Pemimpin Islamic State (IS) adalah Asmaa Fawzi Mohammad
al-Dulaimi dan Esraa Rajab Mahel al-Qaisi. Tidak ada nama Isteri atas nama Saja
al-Dulaimi. Sumber Kementerian Iraq juga mengatakan ‘catatan rasmi nama Dulaimi
tidak terkait dengan salah satu isteri kepada Al-Baghdadi’..
Sumber
mengatakan, Saja al-Dulaimi ditahan di Lebanon Utara beberapa minggu lalu atas
dakwaan memiliki passport palsu sementara itu A’la Al-Oqaili (isteri Pemimpin
pejuang Jabhat al-Nusrah) belum diketahui atas kesalahan apa dan bila..?
Pelbagai
Sumber..
0 comments:
Post a Comment