Berjuta-juta penonton di Amerika
Syarikat (AS) yang menonton aksi seorang aktivis alam sekitar, Paul Rosolie
ditelan hidup-hidup oleh seekor ular anakonda gergasi kecewa selepas aksi
berkenaan tidak berlaku.
Rosolie sejak beberapa minggu lalu
mempromosikan aksinya akan ditelan hidup-hidup oleh seekor ular sawa anakonda
yang disiarkan dalam program Eaten Alive di saluran Discovery Channel di AS
pada malam kelmarin.
Dalam program berkenaan, Rosolie yang
memakai satu pakaian perlindungan khas membiarkan dirinya ditelan hidup-hidup
oleh seekor ular sawa anakonda betina sepanjang enam meter di sebuah hutan
Amazon di Peru.
Bagaimanapun, Rosolie hanya membiarkan
dirinya dibelit oleh ular sawa anakonda berkenaan sebelum membatalkan aksi itu
kerana bimbang dengan keselamatan dirinya.
“Walaupun saya memakai pakaian
perlindungan tetapi ular sawa itu membelit saya dengan sangat kuat dan saya
terpaksa meminta pertolongan kerana saya sukar bernafas,” katanya.
Pembatalan aksi itu menyebabkan ramai
penonton menggunakan media sosial untuk mengkritik program berkenaan yang
dianggap mereka sebagai menipu dan hanya mahu menarik perhatian orang ramai.– Agensi
0 comments:
Post a Comment