Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini
menyarankan seorang “kulit putih” boleh menjadi perdana menteri Malaysia akan
datang berikutan pelantikan warga Jerman mengambil alih pengurusan syarikat
penerbangan negara Malaysia Airlines (MAS).
Bercakap
dengan nada sinis seperti biasa, bekas perdana menteri itu berkata,
memandangkan Putrajaya melantik Christoph R Mueller sebagai ketua pegawai
eksekutif (CEO) MAS NewCo di bawah pelan pemulihan syarikat itu, mungkin negara
sudah bersedia menerima seorang dari bangsa kulit putih sebagai perdana
menteri.
"Saya
khuatir kita tidak ada kepercayaan kepada diri sendiri sehingga satu hari nanti
kita nak perdana menteri, kita boleh ambil orang putih sebab dia lebih pandai
daripada kita.
“Kalau nak marah, marahlah. Itu
pendapat saya,” beliau dipetik sebagai berkata oleh Malaysiakini pada satu
sidang media selepas merasmikan seminar pengurusan kualiti Islam (i-QAM) di
Hotel Everly di Putrajaya.
Sabtu
lepas, Dr Mahathir pertama kali mengulas mengenai pelantikan Mueller yang
diumumkan Jumaat, mengatakan Putrajaya terpaksa mengambil CEO Aer Lingus itu
kerana "rakyat Malaysia bodoh", tidak
pandai mengurus syarikat penerbangan hingga MAS mengalami kerugian.
Mengulas
lanjut pelantikan Mueller berkuat kuasa 1 Januari 2015 itu, Dr Mahathir
menyuarakan kebimbangannya terhadap sikap tidak percaya kepada kepakaran rakyat
tempatan dalam pelantikan jawatan penting.
Katanya
menurut laporan Bernama, Malaysia mempunyai banyak bakat berkebolehan yang boleh
digilap. "Kita
ada banyak 'talent' (bakat) dalam negara ini. Tapi nak panggil konsultan pun
orang asing. Nak jadi 'director' (pengarah) pun orang asing," katanya.
Dr Mahathir berkata, kemakmuran
negara yang dikecapi selepas kemerdekaan merupakan hasil kepimpinan rakyat
tempatan sendiri. "Saya
ingat orang Malaysia ini tidak bodoh. Pada zaman (penjajahan) British dulu,
kita sebuah negara yang cukup kolot, miskin. Kita jadi kaya, kita dapat
membangun selepas kita merdeka, dipimpin oleh orang Malaysia," katanya.
TMI/8 Disember 2014
0 comments:
Post a Comment