Hong Kong : Satu pergaduhan berlaku dalam sebuah pesawat
yang sedang dalam penerbangan di China apabila seorang ibu diserang dua wanita
yang mengadu anaknya terlalu bising.
Chan
Juan Sung, 27, dalam penerbangan dari bandar Chongqing di barat daya China ke
Hong Kong apabila anaknya menangis hingga mengganggu tidur dua wanita di
belakang. Kedua-dua
wanita berkenaan menyuruh Chan ‘mendiamkan’ anaknya, tetapi teguran itu tidak
disambut dengan baik.
Penumpang
Xiong Wan, 45, berkata: “Saya duduk di sebelah dua wanita itu. Ibu bayi
berkenaan menjerit ke arah mereka sambil berdiri dan menumbuk seorang wanita
berkenaan. “Mereka
kemudian membalas serangan itu dan menumbuk Chan hingga keadaan menjadi tidak
terkawal. “Bayi
itu mula menangis sekuat hati sementara penumpang lain menjerit. Ia seperti
dalam filem.”.....
Ketiga-tiga
wanita itu akhirnya diasingkan oleh kru Air China dan ditahan untuk
disoalsiasat sebaik tiba di Hong Kong. Kejadian
itu berlaku beberapa hari selepas seorang penumpang yang menaiki pesawat buat
kali pertama membuka pintu kecemasan ketika kapal terbang masih bergerak di
lapangan terbang di Sanya, kerana tidak sabar hendak turun.
Pergaduhan
dalam pesawat membabitkan pelancong China dan perbuatan aneh mereka dalam
penerbangan menyebabkan pihak berkuasa China mengeluarkan garis panduan ketat
bagi memastikan rakyat negara itu berkelakuan baik di luar negara. Malah,
Presiden Xi Jinping turut mengingatkan penduduk negara itu supaya membaiki
kelakuan mereka ketika melancong.-Metro
0 comments:
Post a Comment