Saham FGVH hanya tinggal RM2.13
sesaham pada hari ini. Kenyataan Dato' Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Di
Jabatan Perdana Menteri yang mengaitkannya dengan pasaran dunia amat melucukan. Ketinggalan keretapi dia...
Persatuan Anak Peneroka Felda
Kebangsaan(ANAK) telah membuat sekian banyak analisis mengenai unjuran ekonomi
dunia, kejatuhan harga komoditi, kos tanam semula pokok sawit tua dan ketidak
stabilan urusniaga global yang menjadi petunjuk risiko kepada penyenaraian FGVH
di Bursa Malaysia.
Perbincangan di buat melalui
konvensyen, wacana dan penyerahan memorandum di serah kepada SKMM, Bank Negara,
Suruhanjaya Securiti dan YAB Perdana Menteri sendiri. Ia kemudiannya dibukukan oleh
Penasihat Ekonomi ANAK, Dr Rosli Yaakop melalui bukunya, ' Penyenaraian FGVH,
menang sorak kampung tergadai'. Di hurai secara berfakta melalui semua dokumen
yang diperolehi dari berbagai sumber.
Selepas dua tahun FGVH di
senaraikan, iaitu 28 jun 2012; pada kadar terbitan RM4.55 Sesaham, dengan
penurunan saham lebih 50%, baru sekarang Dato' Razali Ibrahim menyalahkan
pasaran dunia??? Yang dulunya pemimpin UMNO
terjerit2 mempertahankan penyenaraian FGVH di mana mereka sekarang?
Lebih dahsyat, Dato' Razali tidak
menyalahkan Felda atas apa yang berlaku. Episod yang pedih dari zaman Dato'
Bakee, kemudian Dato' Sabri, hinggalah pada Tan Sri Isa Samad; pengurusan Felda
tidak salah?
Isa Samad pecat Dato' Dzulkifly
Abd Wahab sebagai Pengarah Besar Felda, sekarang Dato' Faizoull Ahmad, hingga
haru biru Felda; Dato' Razali masih berselindung lagi? Kesian pada beliau yang begitu
naif mengenai keadaan Felda waktu ini. Atau enggan berterus terang mengenai
dalaman Felda yang sedang parah!
Saya telah menghantar surat
susulan kepada Tan Sri Isa Samad untuk bertemu, setelah gagal pada 23 dis lalu.
Saya juga masih menunggu jawapan balas dari Dato' Razali mengenai tarikh baru
perbincangan dua hala seperti yang dimaklumi bersama. Mari kita berbincang,
ketepikan sentimen, demi kepentingan rakyat.
1.5 juta warga Felda samada
Peneroka, Generasi ke 2 dan kakitangan kumpulan Felda sedang menanti tindakan
Kerajaan mengenai masadepan FGVH yang sahamnya turun dan terus turun pada waktu
ini. Ada orang kata, adatlah main saham, ada turun naik. HEBATnya saham FGVH,
turun turun turun, tak naik naik!
Macam Amanah Saham Johor, turun turun turun, tinggal 15 sen, akhirnya lingkup!
Macam Amanah Saham Johor, turun turun turun, tinggal 15 sen, akhirnya lingkup!
Sumber Facebook Mazlan Aliman
0 comments:
Post a Comment