Indonesia
amir@hmetro.com.my
amir@hmetro.com.my
Manggar, Belitung Timur:
Satu serpihan objek berukuran
dua meter ditemui nelayan tempatan malam tadi di perairan berhampiran Pulau
Bangka dengan jarak kira-kira 20 Kilometer dari pesisir pantai pulau itu.
Gabenor
Bangka-Belitung Rustam Effendi yang hadir di Pusat Operasi Pangkalan Tentera
Nasional (TNI) Indonesia Angkatan Laut (AL) Bangka Belitung, Markas TNI AL
Manggar, di sini, hari ini berkata, kapal akan digerakkan ke arah lokasi itu
seandainya keadaan laut yang bergelora kembali tenang.
Katanya,
pesawat sudah melakukan tinjauan dari udara bagi memastikan lokasi penemuan
serpihan objek terapung yang dimaklumkan nelayan itu. "Pasukan
mencari dan menyelamat (SAR) sudah melakukan tinjauan dari udara. Kita tidak
mahu kehilangan petanda berkenaan kerana mungkin mempunyai kaitan dengan
pesawat pesawat AirAsia QZ8501 yang hilang tempoh hari. "Buat
masa ini, kapal laut yang terbabit dalam operasi SAR belum dapat mendekati
serpihan berkenaan berikutan keadaan cuaca buruk," katanya-Metro/30 Dis 2014
0 comments:
Post a Comment