Harga runcit bagi petrol
RON 95 dan RON 97 diturunkan sebanyak 35 sen, masing-masing kepada RM1.91
seliter dan RM2.11 seliter, mulai 1 Januari 2015.
Menteri Perdagangan
Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata harga
runcit bagi diesel pula diturunkan sebanyak 30 sen kepada RM1.93 seliter.
Pada Disember 2014,
harga runcit bagi RON 95, RON 97 dan diesel pada RM2.26 seliter, RM2.23 seliter
dan RM2.46 seliter. "Harga-harga bagi
petrol dan diesel ini dibuat berdasarkan kepada purata harga kos produk
sepanjang bulan Disember 2014 dan kadar pertukaran mata wang," katanya
dalam satu kenyataan di sini Rabu malam.
Beliau berkata kerajaan
akan mengikuti perkembangan pasaran harga kos produk dan kadar pertukaran mata
wang setiap masa untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi
bulan-bulan berikutnya.
"Semua
syarikat minyak serta pengusaha stesen minyak diingatkan agar mematuhi penetapan
harga baru ini dan tindakan tegas akan diambil bagi mereka yang melanggar
peraturan harga baharu ini," tambahnya.
- Bernama
0 comments:
Post a Comment