Sponsor

Tuesday, December 16, 2014

“Miss Tourism International: Show Extravaganza”- Langkah Permulaan Masyarakat Langkawi ‘Permata Kedah’ Diancam Budaya Barat..?



PAS membantah penganjuran acara ratu cantik “Miss Tourism International: Show Extravaganza”, yang dijadual berlangsung di Berjaya Langkawi Resort, Pulau Langkawi esok.Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar, berkata PAS kecewa dengan kerajaan negeri yang membenarkan program yang "tidak membawa budaya sihat" kepada masyarakat itu."Menteri besar (Datuk Seri Mukhriz Mahathir) perlu menyatakan pendirian jelas terhadap program ini."Ia sama sekali bercanggah dengan imej yang cuba ditonjolkan seperti (program) Kedah Berselawat, dan cuba gambarkan beliau seorang Islamik," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga berkata, penganjuran program itu juga mempamerkan sikap tidak sensitif dengan tragedi melibatkan MH17 dan MH370.Beliau yang juga ketua penerangan PAS berkata, Langkawi tidak perlu kepada acara seperti itu kerana pulau itu sendiri sudah bersifat "ratu" dan mampu menarik pelancong."Atau adakah Langkawi di bawah pentadbiran Datuk Mukhriz sudah tiada tarikan?" soal beliau.


Program itu anjuran bersama Berjaya Langkawi Resort dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.Seramai 62 finalis dari seluruh negara mengambil bahagian.Sementara itu, Berjaya Resort dalam kenyataannya sebelum ini menjelaskan, penganjuran itu bertujuan mempromosikan pelancongan, membina hubungan lebih kukuh antara negara dan mempamerkan budaya daripada seluruh dunia."Berjaya Langkawi Resort dengan bangganya bekerjasama dengan penganjur Miss Tourism International 2014, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dalam inisiatif ini untuk mendidik dan mempromosi pelancongan dan saling bertukar budaya,” kata Pengurus Besar Berjaya Langkawi Resort Chris Niuh.-Malaysiakini

Ulasan Setiausaha Ulama PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahaya.

Ujar beliau, acara seperti ini hakikatnya langsung tidak mewakili budaya, identiti dan simbol masyarakat negara ini.  Malah katanya, tidak juga membawa keuntungan ekonomi yang nyata melalui urusan perniagaan atau pelancongan tempatan, selain tidak meluaskan hubungan dengan banyak pihak kecuali golongan berkepentingan. 

Paling utama tegasnya, penganjuran itu menyalahi hukum syarak dan melanggar fatwa berkaitan dengannya. Demikian itu tegas Ustaz Ahmad, tidak ada kewajaran yang nyata dan perlunya acara tersebut diadakan di Langkawi khususnya dan di Malaysia amnya.

“Apatah lagi dengan imej ketimuran serta pelbagai penganjuran tahunan bertaraf dunia seperti ‘Musabaqah Al-Quran’ hingga meletakkan negara ini dengan julukan ‘Negara Islam’ contoh. “Lebih malang, Langkawi Permata Kedah yang pernah diusahakan sebagai pulau pelancongan berakhlak dan dibatasi serta dikurangkan unsur maksiat terhadapnya semasa diketuai oleh mantan Menteri Besar, Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak kini dicemari semula dengan imej-imej sedemikian.-HD/16 Dis 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/