Rasullullah SAW bersabda : Qabishah bin Mukhariq al
Hilal ra berkata: “aku pernah memikul tanggungan berat (diluar kemampuan), lalu
aku datang kepada Rasulullah saw untuk mengadukan hal itu. Kemudian Rasulullah
SAW bersabda: “tunggulah sehingga ada
sedekah yang datang kepada kami lalu kami perintahkan agar sedekah itu
diberikan kepadamu”. Setelah itu beliau bersabda: Hai qabishah, sesungguhnya
meminta-minta itu tidak boleh kecuali bagi salah satu dari tiga golongan iaitu :
Gambar Sekadar Hiasan.
[1] Orang yang memikul beban tanggungan yang berat yakni
(diluar kemampuannya), maka dia boleh meminta-minta sehingga setelah mencukupi
lalu berhenti dan tidak
meminta-minta lagi.
[2] Orang yang ditimpa musibah kerana menghabiskan
hartanya, maka dia boleh meminta sehingga dia mendapatkan sekadar keperluan
hidupnya.
[3] Orang yang ditimpa kemiskinan sehingga tiga orang
yang sihat akal fikirannya dari kaumnya dan menganggapnya ianya benar-benar
miskin, maka dia boleh meminta sehingga dia memperolehinya sekadar keperluan
hidupnya.
“Sedangkan
selain dari tiga golongan tersebut, hai Qabishah, maka meminta-minta itu haram
yang hasilnya bila dimakan juga haram”.. Wallahuaklam..
Gambar Sekadar Hiasan.
0 comments:
Post a Comment