Kuala Lumpur: Luluh hati seorang lelaki sejurus menangkap
isterinya sedang bersekedudukan bersama seorang lelaki ‘Mat Afrika’ di dalam
bilik hotel mewah di Bukit Bintang di sini, kelmarin.
Dalam
kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, mangsa yang juga seorang kontraktor
dilapor menyerbu bilik hotel bersama dua anak saudara dan diiringi anggota
polis.
Menurut
sumber, lelaki berusia 50-an itu mengesyaki isterinya mempunyai kekasih gelap
dan sering datang ke ibu kota untuk bertemu lelaki warga Nigeria itu. “Susulan
itu lelaki berusia 50-an terbabit mengatur jerat dengan berpura-pura mahu pergi
ke selatan tanah air atas urusan perniagaan.“Lelaki
itu bagaimanapun menggunakan kenderaan lain untuk memantau rumah sebelum
mengekori isterinya itu yang didapati meninggalkan rumah,” katanya.
Menurutnya,
lelaki terbabit kemudiannya mengekori wanita itu sehingga ke ibu kota.
Sumber
itu berkata, lelaki terbabit yang yakin isterinya mendaftar masuk ke sebuah
bilik hotel di Bukit Bintang, di sini, bergegas ke balai polis berhampiran
meminta bantuan pihak berkuasa untuk melakukan serbuan.
“Telahan
lelaki itu terhadap kecurangan isterinya ternyata tepat apabila serbuan
mendapati wanita itu sedang bersekedudukan dengan lelaki warga Nigeria. “Malah
ketika ditemui, wanita itu dilapor dalam keadaan tidak berpakaian lengkap,”
katanya.
Sehubungan
itu, lelaki terbabit tampil membuat laporan di Balai Polis Tun HS Lee di sini,
untuk tindakan lanjut. Dalam
laporannya, lelaki terbabit yang juga ahli perniagaan menegaskan wanita
terbabit masih isterinya. Sementara
itu, sumber Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur (JAWI) mengesahkan perkara itu dan kes berkenaan disiasat mengikut
Seksyen 27 Akta 559 (Akta Kesalahan Jenayah-Jenayah Syariah 1997).-Metro/31 Disember 2014
0 comments:
Post a Comment