Sponsor

Friday, December 5, 2014

Ceroboh Perairan, Tiga Kapal Asing Di Tenggelamkan Atas Arahan Presiden Jokowi..

SEBUAH daripada kapal nelayan yang ditenggelamkan.
Jakarta: Tentera Laut Indonesia semalam menenggelamkan tiga kapal asing yang didakwa menceroboh perairan negara itu untuk menangkap ikan di perairan Natuna di Kepulauan Riau.
Jurucakap tentera laut, Manahan Simorangkir berkata, ketiga-tiga kapal itu milik nelayan Vietnam dan tindakan menenggelamkannya adalah atas arahan Presiden Joko Widodo (Jokowi).
Menteri Penyelaras bidang Politik dan Keamanan Tedjo Edy Purdjianto berkata, kapal berkenaan akan ditenggelamkan di Pulau Matak. Menurutnya, tindakan itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan Indonesia mengekang kegiatan pencerobohan oleh nelayan asing untuk menangkap ikan di perairan Indonesia.
Dalam pada itu, Menteri Laut dan Perikanan (KKP) Susi Pudjiastuti berkata, pihaknya akan menenggelamkan lima kapal milik nelayan Thai sekiranya didapati bersalah menangkap ikan di laut Indonesia. - Agensi/Metro

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/