Allahyarham berusia 70 tahun. Menurut anak Allahyarham, Junaidi, bapanya meninggal
dunia kira-kira 9.50 malam.
Hamid dimasukkan ke IJN sekitar 4
petang selepas mengadu sukar bernafas."Jenazah allahyarham akan dibawa pulang ke rumah
di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan
Islam Bandar Tun Hussein Onn pada kira-kira 11 pagi hari ini," katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merakamkan
ucapan takziah kepada keluarga allahyarham."Salam takziah kepada keluarga Brig Jeneral Tan
Sri Abdul Hamid Zainal Abidin atas pemergian beliau. Moga roh Allahyarham
dicucuri rahmat. Al-Fatihah," kata Najib dalam catatan di laman
Twitternya.
Anak kelahiran Bagan Datoh, Perak pada 20 Februari,
1944 itu merupakan menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 2001 hingga 2004
selain pernah menjadi pengerusi Mara dari 2004 hingga 2008. Sebelum itu, allahyarham memegang jawatan ketua
pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dari 1995 hingga 2001.Allahyarham dilantik sebagai senator dari 2001 hingga
2004 dan pernah menjadi ahli Parlimen Parit Buntar susulan Pilihan Raya Umum
ke-11.Allahyarham turut dinobatkan sebagai Tokoh Ma'al
Hijrah Kebangsaan 2013.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyifatkan allahyarham sebagai seorang tokoh
yang disanjung ramai."Kita kehilangan seorang lagi tokoh. Allahyarham
menyumbang dalam banyak perkara yang berkaitan dengan soal agama," katanya
ketika ditemui di IJN. – Bernama, 31 Disember, 2014.
0 comments:
Post a Comment