Khabar angin tersebar bahawa Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam daripada PKR Roland Chia sedia meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat.Jika berlaku, sebuah pilihan raya kecil akan dapat disaksikan di negeri di bawah bayu itu.
Roland di Facebook menulis bahawa beliau akan meletakkan jawatan ekoran masalah kesihatan dan berterima kasih kepada pengundi Inanam atas sokongan selama 17 bulan menjadi wakil mereka.Malaysiakini cuba menghubungi Roland sendiri bagi mengesahkan perkara itu.
PKR: Status belum jelas
Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli dalam
kenyataannya sebentar tadi berkata parti itu sedang mengesahkan kenyataan
Ronald di Facebook itu. Bagaimanapun, katanya, makluman daripada
pimpinan PKR negeri mendapati Ronald benar-benar mengalami masalah kesihatan
walaupun tidak dapat dipastikan statusnya.“Sehingga saya dapat berhubung sendiri dengan Dr
Roland Chia, saya tidak dapat mengesahkan sama ada keputusan meletakkan jawatan
itu adalah muktamad atau mengesahkan apa-apa,” katanya yang juga naib presiden
PKR.-MK/17 Dis 2014
0 comments:
Post a Comment