Sponsor

Thursday, December 4, 2014

Antara Sebab ‘Darjah Kebesaran’ Kepada Saudara Anwar Ibahim Di Tarik Balik..?

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menarik balik darjah kebesaran ketua pembangkang yang membawa gelaran “Datuk Seri” daripada Anwar kerana sering mempersoalkan kewibawaan istana sejak penghujung 2013.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Istana Selangor hari ini, penarikan Darjah Kebesaran Seri-Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang dikurniakan kepada ketua umum PKR sejak 1992 itu berkuatkuasa pada 3 November.
Menurut kenyataan itu, keputusan untuk membatalkan gelaran Anwar itu berikutan beliau "berulang kali mempersoalkan integriti Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan institusi Raja dalam krisis menteri besar baru-baru ini".
Kenyataan itu berkata, Sultan Selangor membuat keputusan itu selepas berunding dengan Majlis Diraja Selangor, selaras dengan kuasa sultan untuk memberikan gelaran itu seperti yang termaktub dalam perlembagaan negeri.
Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani dalam kenyataannya berkata tindakan dan tingkah laku penasihat PKR itu menunjukkan Anwar tidak layak lagi memegang apa-apa anugerah.
Walaupun ditarik oleh Selangor, Anwar mempunyai sekurang-kurangnya tiga lagi anugerah yang membawa gelaran “Datuk Seri” yang diterimanya sebelum ini.

Antaranya Darjah Seri Utama Negri Sembilan (S.P.N.S.) dari Negri Sembilan, Darjah Utama Pangkuan Negeri (D.U.P.N.) dari Pulau Pinang (membawa gelaran Datuk Seri Utama ) dan Sabah – Darjah Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K.) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima. TMI/4 Disember, 2014.

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/