Menteri Besar Selangor Azmin Ali berkata
kontroversi sekitar pemulangan Bible berbahasa Melayu dan Iban yang dipulangkan
kepada Persatuan Bible Malaysia (BSM) tidak patut lagi berpanjangan.
Azmin berkata demikian ketika diminta menegahkan berhubung cop khas
untuk naskhah berkaitan bagi mengawal pengedarannya di Selangor.
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 2
Januari merampas naskhah berkaitan sebelum dipulangkan oleh sultan Selangor
selepas kontroversi berlarutan hampir setahun.Turut hadir dalam acara itu ketua biskob Kuala
Lumpur paderi Julian Leow Beng Kim dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut kenyataannya sekretariat akhbar menteri besar, Azmin
berikrar akan mempertahankan hak semua kaum di Selangor dan tidak akan ada
ruang untuk kumpulan pelampau agama di negeri itu.-Malaysiakini
Gambar-gambar (Sekitar Jamuan Krismas di Gereja Holy Family, Kajang)
0 comments:
Post a Comment