Pesawat AirAsia QZ8501 dengan 155
penumpang dalam perjalanan ke Singapura terputus hubungan selepas meninggalkan
Surabaya pagi ini, menurut pihak berkuasa Indonesia.
Kapal terbang Airbus A320 meninggalkan Surabaya jam
5.20 pagi waktu Indonesia (6.20 pagi waktu Malaysia) dan kelihatan tidak dapat
dihubungi sewaktu berada di udara Kalimantan, menurut laporan media.
Ia disahkan melalui tweet AirAsia yang dikeluarkan
pada 11.47 pagi ini: AirAsia Indonesia regrets to confirm that flight QZ8501
from Surabaya to Singapore has lost contact with air traffic control at
07:24hrs this morning. (AirAsia Indonesia dukacita mengesahkan pesawat QZ8501
dari Surabaya ke Singapura putus hubungan dengan pusat kawalan udara pada jam
7.24 pagi ini).
Reuters memetik Hadi Mustofa dari Kementerian Pengangkutan Indonesia mengatakan kapal terbang itu putus hubungan dengan Jakarta pada jam 6:17 pagi waktu tempatan.
Reuters memetik Hadi Mustofa dari Kementerian Pengangkutan Indonesia mengatakan kapal terbang itu putus hubungan dengan Jakarta pada jam 6:17 pagi waktu tempatan.
Ia dilaporkan meminta kebenaran menggunakan laluan
"di luar kebiasaan."
Kapal terbang itu dijadualkan tiba di Singapura jam
8:30 pagi waktu Singapura (0030 GMT). Laman web lapangan terbang Singapura
mencatatkan status penerbangan itu sebagai "ditangguh."
AirAsia Indonesia juga mengeluarkan tweet: "Pada
waktu ini, kami tiada maklumat lanjut berhubung status penumpang dan anak kapal
terbabit, tetapi kami akan terus memaklumkan semua pihak sebaik maklumat
diperolehi."
Katanya, pesawat itu ialah jenis Airbus A320-200,
dengan nombor pendaftaran PK-AXC. –TMI/28 Disember, 2014.
0 comments:
Post a Comment