Baru tiga hari dunia
hiburan dikejutkan dengan kematian seniman Datuk Mustapha Maarof, kini ibu
mertua pelakon itu Seniwati Neng Yatimah pula berada dalam keadaan kritikal
akibat terkena strok ketika pulang menziarahi kematian menantunya.
Cucunya Mohd. Rezainudden, 38, berkata, Neng Yatimah, 91, ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Khoo Teck Phuat, Singapura sejak Rabu dan hanya bergantung kepada alat bantuan pernafasan sahaja ketika ini."Nenek saya diserang strok ketika sampai di Johor Baharu dari Kuala Lumpur petang semalam (Rabu) ketika pulang menziarahi kematian arwah ayah. Nenek kemudiannya terus dimasukkan ke Hospital Khoo Teck Phuat pada malam semalam juga."Dia kini berada dalam keadaan yang sangat kritikal dan saya dimaklumkan dia hanya bergantung kepada alat bantuan pernafasan," ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini, Khamis.

Tambah Mohd. Rezainudden, doktor turut memaklumkan bahawa seniwati
tersebut juga dikesan menghidap penyakit kanser usus pada tahap serius.
Dalam pada itu, Rezainuddin berkata, neneknya itu berada dalam keadaan
sihat sepanjang berada di Kuala Lumpur.Dia datang pada upacara pengebumian tetapi tidak dapat jumpa
jenazah, namun dia bermalam selama dua hari bagi menghadiri majlis tahlil arwah."Ketika berada di sini selama dua hari kesihatan dia baik dan hanya
batuk-batuk biasa sahaja," ujarnya.
Jelas Rezainuddin, dia masih belum berkesempatan untuk menziarahi neneknya itu kerana menguruskan beberapa hal berkaitan kematian bapanya yang belum selesai.
Neng Yatimah atau nama sebenarnya Buntat Ahmad merupakan seorang seniwati filem Melayu tahun 1950-an dan 1960-an yang terkenal sebagai seorang pelakon air mata. Filem-filem lakonan beliau antaranya Air Mata Duyung, Jiran Sekampung, Laila Majnun, Seri Mersing dan Rachun Dunia.Pada tahun 2007, beliu turut menerima anugerah Pelakon Veteran di Festival Filem Malaysia ke-13 (1997).

Gambar kenangan Neng Yatimah
bersama menantunya, Datuk Mustapha Maarof.
Anak beliau iaitu Roseyatimah telah meninggal dunia akibat kanser
payudara pada 1987 dan pada isnin lalu, menantunya pula, Mustapha Maarof
mengehembuskan nafas terakhir akibat jangkitan paru-paru. Jenazah Allahyarham dikebumikan bersebelahan pusara Roseyatimah di Tanah
Perkuburan Islam, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.-mstar/18 Dis 2014
0 comments:
Post a Comment