TITIK balik
awal kehidupannya terjadi saat kematian Yash Chopra - pengarah ternama
Bollywood. Boleh dikatakan ia mengalami kemurungan berat sepeninggalan orang
terdekatnya itu, lapor laman web Islampos.
Murcyleen Peerzada, seorang pelakon Bollywood yang di kala itu terbiasa hidup mewah. Namun, seperti yang dituturkan Peerzada selepas kematian Yash Chopra ia mula berfikir tentang kehidupan dan kekuatan yang lebih tinggi yang mengawal segalanya."Ketika kemurungan, entahlah saya tiba-tiba dan tidak sengaja melihat ceramah Nouman Ali Khan dan Yasmin Mogahed."
Ketika mendengar ceramah itu, Peerzada terkejut. Ia seperti mendengar nasihat langsung daripada Tuhan. Dan itulah titik balik kehidupannya. "Saya mula berdoa dua kali sehari. Setiap doa itu, saya meminta Tuhan membimbing saya menunjukkan jalan yang benar," katanya.
Malamnya, ia memutuskan arah masa depan kehidupannya. Ia mula belajar Islam di bawah bimbingan Farah Naik, isteri Zakir Naik. Selepas itu, Peerzada menjadi muallaf. Beliau pun menjadi aktivis Yayasan Islam Zakir Naik.
Penampilannya kini berubah setelah menjadi Muslim. Peerzada telah memakai tudung. Pembantu pengarah filem 'Ek Tha Tiger' ini, bergaya hidup sederhana. Ia sumbangkan seluruh koleksi busana dan aksesori yang dimilikinya kepada rumah anak yatim.
"Sebelum saya memakai tudung, saya perlu tahu kenapa saya harus memakai. Ini bermaksud, saya ingin apa yang saya kenakan kerana Allah dan kebenaran." [Ra/islampos/muslimvillage]-HD/31 Disember 2014
0 comments:
Post a Comment