Tawaran itu dibuat pengerusi NGO pemantau jenayah MyWatch, R Sri Sanjeevan. Peguam Sirul sebelum ini mendakwa anak guamnya itu tidak dapat pulang ke tanah air bagi menghadapi perbicaraan baru-baru ini kerana kesempitan wang. "Saya secara peribadi ingin menawarkan beliau tiket percuma untuk pulang ke Malaysia dari Australia.
"Jika alasan yang disebut peguamnya betul dan beliau tiada niat untuk lari daripada penghakiman Mahkamah Persekutuan, maka beliau akan menerima tawaran ini dan kembali ke tanah air untuk menghadapi hukuman," kata Sanjeevan dalam kenyataan.Menurut Sanjeevan, alasan kesempitan wang untuk kembali ke tanah air bagi menghadapi pendengaran di Mahkamah Persekutuan itu "tidak dapat diterima sama sekali".
Sanjeevan turut melahirkan rasa kesal yang teramat sangat kerana Sirul dibenarkan bebas daripada ikat jamin sewaktu rayuan masih dibuat ke atas pembebasannya.Menurutnya, pergerakan Sirul sepatutnya dipantau secara rapi selepas dibebaskan dengan ikat jamin."Bagaimanakah seorang suspek pembunuhan dalam kes berprofil tinggi boleh meninggalkan negara tanpa dikesan?
"Ini perlu disiasat dan kita perlu malu dengan ketidakcekapan pihak berkuasa kita," katanya.
Selasa lalu Mahkamah Persekutuan mengekalkan
hukuman bersalah terhadap Sirul dan Cif Inspektor Azilah Hadri dalam kes
pembunuhan paling kontroversi di negara ini.Sebelum ini, Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013
membebaskan mereka dari tuduhan menyebabkan kematian Altantuya. Altantuya berkhidmat sebagai penterjemah dalam
pembelian kapal selam Scorpene sewaktu Datuk Seri Najib Razak menjadi menteri
pertahanan.
Kerajaan kini dilaporkan sedang mencari ikhtiar
untuk mengekstradisi Sirul pulang ke Malaysia untuk digantung.-MK/17 Januari 2015
0 comments:
Post a Comment