Sponsor

Thursday, January 1, 2015

'Kukuhkan Semangat Kesatuan Dan Kebersamaan Menghadapi Kesulitan Ekonomi 2015' - MB Selangor..


Gst biasa
Rakyat negara ini dijangka terus bergelut dengan tekanan peningkatan kos sara hidup ekoran kesan kenaikan harga barangan dan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 2015 nanti.
Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, hal itu berlaku ekoran kesan kejatuhan ekonomi dam mata wang ringgit yang semakin lemah serta pelaksanaan GST, pada April ini. “Saya juga ingin mengingatkan semua bahawa rentetan tragedi dan malapetaka 2014 akan berterusan kerana 2015 dijangkakan oleh ramai pakar ekonomi bahawa negara akan berhadapan dengan cabaran cukup getir. Kita menyaksikan nilai Ringgit Malaysia bertambah lemah jika dibandingkan negara lain.
“Harga petrol jatuh merudum. Pendapatan golongan sederhana dan rendah akan dicengkam dengan kenaikan harga barang dan dalam tempoh empat bulan pelaksanaan GST pastinya akan terus menekan kehidupan rakyat negara ini,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada program Malam Generasi Idaman Selangor (GeMS) Berdoa Untuk Malaysia di Stadium Malawati, Shah Alam, semalam.
Mohamed Azmin menggesa rakyat negara ini terus memperkukuhkan semangat kesatuan dan kebersamaan dalam menghadapi cabaran, pada 2015 ini. “Sejarah membuktikan kesan kesulitan ekonomi menimbulkan rasa tidak selamat golongan tertentu dan menyebabkan berlakunya kesan sosial dan kegagalan politik.“Maka, inilah cabaran yang perlu kita tangani dengan baik dan bijaksana. Sekali lagi, kita berhadapan dengan cabaran dan ujian ini, kejayaan boleh dijamin jika ada kesatuan, kebersamaan di dalam fikrah dan dalam tindakan serta amalan kita,” katanya.-SK/1 Jan 2015

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/