Seorang pemimpin bahagian Umno tampil
mempertahankan tindakan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor memeluk
pemain badminton Datuk Lee Chong Wei.Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali
Alhabshee dalam tulisan di blognya berkata, ia berbeza dengan pelukan artis
K-Pop B1F4 yang memeluk beberapa orang remaja wanita bertudung dalam sebuah
konsert.
"Saya sifatkan tindakan Rosmah yang memeluk pemain badminton
nombor satu negara itu sebagai satu penghargaan seorang ibu kepada anaknya
kerana berjaya meraih kemenangan dalam sukan. "Ianya sama sekali tidak boleh disamakan
dengan tindakan tiga gadis bertudung yang berpelukan dengan artis K-Pop,”
katanya.
Ia merujuk kepada tindakan Rosmah memeluk Lee
dalam satu pertandingan sukan.Gambar itu menunjukkan Rosmah memegang leher Lee
dan muka pemain badminton dalam kedudukan yang rapat dengan bahagian dada
isteri perdana menteri.
Gambar Rosmah memeluk artis Bollywood turut
tersebar di media sosial susulan tindakan Jabatan Agama Islam Wilayah
Persekutuan (JAWI) yang mengancam untuk menahan remaja yang dipeluk artis K-Pop.Syed Ali tidak mengulas mengenai gambar Rosmah
dengan artis Bollywood dan hanya menyelar pihak tertentu yang didakwa
mempolitikkan isu tersebut dan cuba memalukan isteri perdana menteri.
Syed Ali turut memperakui Rosmah sebagai “ibu
kepada 28 juta rakyat Malaysia” dan memuji keprihatinan isteri Datuk Seri Najib
Razak itu."Bagi sesiapa yang pernah mengikuti program
Rosmah termasuk program yang dianjurkan oleh Umno Bahagian Cheras pasti sering
mendengar ucapan yang sering dilafazkan olehnya yang merupakan ibu kepada 28
juta rakyat Malaysia."Rosmah juga selalu menyebut, sebagai
isteri Perdana Menteri, dia akan sentiasa mengambil berat kebajikan rakyat
pelbagai kaum di negara ini," katanya di blog
umnobahagiancheras.blogspot.com.-MK/16 Januari 2015
0 comments:
Post a Comment