Setiausaha Agung PAS Datuk
Mustafa Ali digesa berundur daripada kedudukannya sebagai Pengerusi Harakah kerana memecat tiga pengarangnya,
kata Ishak Surin.
Pengasas lidah rasmi PAS itu berkata, tindakan memecat Pengarang Harakah Tarmizi Md Jam,
Pengarang Rencana Roslan Hamid, dan Ketua Pengarang Ahmad Lutfi Ahmad itu
bersifat zalim dan melanggar hak kebebasan bersuara.
"Saya cabar Mustafa Ali berundur. Kita sangat benci
'anak' yang kita lahirkan tiba-tiba bersikap zalim," katanya pada satu
sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.
Ketiga-tiga mereka pengarang Harakah
itu dikatakan dipecat secara serta-merta kerana menyiarkan artikel yang
mengkritik kepimpinan ulama dalam PAS.
Ishak pernah menjadi pengurus Harakah kira-kira dua
tahun ketika akhbar itu mula diterbitkan pada 1986.
Katanya, tindakan meminta Lutfi meletakkan jawatan
sewaktu beliau masih cuti sakit adalah tindakan yang tidak beretika, biadap
bahkan zalim."Begitu mengejutkan sekali. Semuanya berlaku pada
saat-saat PAS sedang bergolak hebat dengan krisis kepimpinan dan konflik antara
golongan tertentu hingga mengakibatkan jualan akhbar Harakah jatuh
merudum," katanya.
Beliau turut mempersoalkan motif sebenar tindakan
pemimpin PAS memberhentikan 3 kakitangan Harakah terbabit.Ishak tidak menolak kemungkinan tindakan itu dibuat
akibat krisis kepimpinan dan konflik antara golongan yang sedang bergolak dalam
PAS.
Akibatnya, mereka menjadi mangsa yang tidak berdosa
dan mangsa pentadbiran zalim dan tidak bertanggungjawab."Apakah ini sebagai permulaan semakin terdedahnya
wajah sebenar manusia munafik yang selama ini memperalatkan Islam?"
katanya.
Katanya, pemimpin PAS yang tidak betul dan zalim perlu
ditentang terlebih dulu sebelum menentang Umno kerana ia merosakkan imej Islam.Ishak yang juga yang dipertua PAS Kawasan Batu
berkata, pihaknya sudah menghantar surat bantahan kepada Mustafa pada 2 Januari
lalu, tetapi masih tiada jawapan.
TMI/8 Jan 2014
0 comments:
Post a Comment