Sponsor

Saturday, January 10, 2015

Inisiatif Pemuda PAS Bina Rumah Percuma Untuk Mangsa Banjir...

Pelbagai inisiatif dilakukan bagi membantu mangsa banjir di Kelantan dan terbaru, Pemuda PAS akan membina rumah kos rendah bagi membantu meringankan beban golongan berkenaan.Ketuanya Suhaizan Kaiat berkata, rumah yang dianggarkan bernilai RM37,000 itu ditawarkan kepada mangsa banjir yang berkelayakan secara percuma dan lima unit pertama dijangka dapat disiapkan April ini.
“Pada waktu ini, kami banyak memberi fokus kepada rumah sementara yang diperbuat dari bahan tertentu, tetapi kami ambil inisiatif untuk rumah kekal yang kos pembinaannya RM37,000.“Ia berkeluasan 34x24 kaki persegi dengan 3 bilik, 1 beranda, 1 dapur dan 1 ruang tamu. Ini sesuai untuk rumah asas kepada mereka yang memerlukan,” katanya pada satu sidang media di Ibu Pejabat PAS hari ini.
Suhaizan berkata antara kelayakan untuk memohon rumah tersebut ialah warganegara Malaysia, memiliki tanah sendiri, keadaan rumah yang musnah teruk, pendapatan isi rumah di bawah RM1,000 sebulan dan tinggal di kawasan luar bandar. “Peletakan batu asas projek ini ialah pada Selasa ini jam 10 pagi oleh Menteri Besar Kelantan. Rumah yang dikenal pasti untuk dibangunkan ialah di nombor 11 Kampung Temiang, Kuala Krai. Kita bina rumah perintis di situ,” katanya.

TMI/10 Januari 2015(Pemuda PAS bina rumah percuma untuk mangsa banjir)

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/