Great Lakes (Amerika Syarikat): Seorang remaja yang
merancang untuk berkahwin mungkin menghadapi masalah untuk meminta ibunya hadir
di majlis itu kerana yang akan menjadi suaminya ialah bapa kandungnya sendiri. Remaja
berusia 18 tahun yang tidak dinyatakan identitinya itu baru-baru ini
mendedahkan secara terperinci mengenai hubungannya selama dua tahun dengan
bapanya dalam wawancara dengan Science of Us, bermula dari detik mereka jatuh
cinta dan pertama kali melakukan seks hinggalah rancangan masa depan mereka.
Satu
daripada rancangan itu yang pasti berlaku ialah kedua-duanya akan mempunyai
anak.
Remaja
yang berasal dari wilayah Great Lakes itu bertemu semula bapanya ketika berusia
16 tahun, selepas 12 tahun berpisah. Dia
dilahirkan selepas bapa dan ibunya mengadakan seks selepas satu majlis tarian,
dan sejak itu dibesarkan oleh ibunya. Bapanya
menjejakinya menerusi Facebook ketika dia masih bersekolah dan selepas bertemu
buat pertama kali, dia tinggal bersama bapanya selama seminggu. Hubungan
mereka bertambah erat dan pada minggu itu juga, mereka mengadakan seks buat
kali pertama.
Ayah
dan anak itu tidak menyembunyikan hubungan mereka, malah ramai yang rapat
dengan mereka mengetahui hubungan itu.“Keluarga
sebelah ibu saya melihat kami sebagai bapa dan anak. Mereka mengetahui dia bapa
saya dan tahu kami sudah bertunang, termasuklah datuk dan nenek saya.“Mereka
dapat melihat kami bahagia bersama dan tidak sabar untuk melihat kami mempunyai
anak. Mereka melayan kami sama seperti pasangan lain,” katanya.
Majlis
perkahwinan sudah dirancang dan gadis berkenaan bercadang memberitahu ibunya
selepas mereka berpindah ke New Jersey.“Kami
merancang berpindah ke New Jersey kerana di sana tidak ada undang-undang
melarang perkahwinan hubungan anak dan bapa.Sebaik
tiba di sana, saya akan memberitahu ibu saya bahawa kami bercinta dan akan
mempunyai anak. Jika dia berminat untuk melihat cucunya, kami akan mengirimkan
wang dan dia boleh datang melawat kami,” katanya.-Metro/20 Januari 2015
0 comments:
Post a Comment