Ketua
Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini terus menamatkan sidang akhbar
apabila para pemberita mendesaknya memberi respons sebagai setiausaha agung DAP
terhadap cabaran PAS agar beliau berdebat tentang isu pilihan raya pihak
berkuasa tempatan (PBT).
Sidang akhbar itu diadakan selepas beliau melancarkan
Cafe Sains Pulau Pinang di Butterworth.
Pemberita beberapa kali meminta Lim memberi responsnya
terhadap cabaran Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali untuk berdebat tentang
isu pilihan raya PBT, tetapi Lim mengulangi kata-kata 'ada soalan lain tak?'
Apabila
pemberita terus bertanya tentang perkara itu, Lim menamatkan sidang akhbar itu
dengan ucapan 'terima kasih'. Sebelum itu, beliau menyentuh tentang beberapa
perkara lain, termasuk kesan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Mustafa dilaporkan mencabar Lim berdebat tentang isu
pilihan raya PBT. Rabu lepas, pemimpin PAS itu menyelar Lim kerana didakwa
berkata beliau (Mustafa) bersetuju pilihan raya PBT diadakan, sedangkan beliau
tidak berkata demikian.
Sebelum itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang
dilaporkan berkata pilihan raya PBT yang diperjuangkan DAP boleh melebarkan
lagi jurang ekonomi antara golongan berada dan tidak berada serta boleh
mencetuskan pergaduhan kaum seperti peristiwa 13 Mei 1969.
Pada khamis, Setiausaha Penganjur DAP Loke Siew Fook
mengeluarkan kenyataan yang mempersoal sama ada Mustafa cuba membakar jambatan
yang menghubungkan PAS dan DAP apabila beliau mencabar Lim untuk berdebat.Beliau berkata cabaran Mustafa itu sama seperti
melayan DAP sebagai musuh politik dan mendakwa Mustafa tidak pernah bertindak
demikian terhadap Umno yang menjadi musuh politik PAS.
Pada Ogos tahun lepas, Mahkamah Persekutuan memutuskan
kerajaan Pulau Pinang tidak mempunyai kuasa untuk mengadakan pilihan raya PBT.
– Bernama, 31 Januari, 2015.@ TMI
0 comments:
Post a Comment