Seramai
12 penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) ditahan kerana mempamerkan kain rentang
(tifo) seorang pemimpin berwajah anjing dipercayai bertujuan mengaibkan
pemimpin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada perlawanan Piala Sumbangsih
2015 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Baharu malam tadi.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM),
Datuk Hamidin Mohd Amin berkata kesemua mereka ditahan reman selama lima
hari bagi membantu siasatan polis.
"Apa yang berlaku di stadium semalam adalah sikap
segelintir penyokong yang tiada sifat bertanggungjawab, tiada adab, kurang
berdisiplin, tidak peka dan tidak sensitif.
"Presiden
Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sendiri
mengakui baginda kecewa dan menganggap isu kain rentang itu adalah satu
perbuatan tidak wajar.
"Penyokong yang tidak berpuas hati sepatutnya
perlu mendapatkan fakta yang jelas terlebih dahulu," katanya dalam
kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.
Hamidin berkata PBNJ bertindak cepat dengan
mengarahkan marshal yang dibantu dengan pihak polis bagi menangkap penyokong terbabit
dalam masa sejam."FAM akan mengeluarkan surat pekeliling kepada
semua persatuan bola sepak negeri dan kelab supaya memantau kain rentang
penyokong masing-masing supaya tidak membawa sepanduk atau apa-apa yang boleh
menimbulkan provokasi," katanya.
Hamidin turut menegaskan FAM bukan persatuan yang
dikendalikan oleh seorang individu sahaja tetapi meliputi semua kelab dan
persatuan negeri gabungan."Ini bermakna semua ahli gabungan di bawah FAM
bertanggungjawab dalam hal ini dan semua penyokong di bawah naungan tersebut
adalah tidak terkecuali," katanya.
Pada perlawanan semalam, JDT muncul juara Piala Sultan
Haji Ahmad Shah 2015 dengan mengalahkan juara Piala Malaysia musim lepas,
Pahang 2-0. – Bernama, 1 Februari, 2015@ TMI
0 comments:
Post a Comment