Mahkamah Mesir pada Isnin 2 Februari 2015 sekali lagi menjatuhkan
hukuman mati terhadap 183 penyokong Ikhwan Muslimin yang dianggap Pemerintah
Mesir sebagai pengganas. Mereka didakwa memainkan peranan penting membunuh 16 anggota
polis keamanan Mesir di Kota Kardasa pada bulan Ogos 2013 ketika mengikuti
demontrasi menentang Regim Kudeta yang menggulingkan Presiden Mesir, Dr
Mohammad Morsi. Menurut sumber, 34 anggota Ikhwan Muslimin lainya dijatuhi
hukuman penjara seumur hidup.
Mesir dibawah pimpinan Fatah As Sisi terbukti telah melakukan satu
tindakan keras dan zalim dalam sejarah moden dunia terhadap anggota Ikhwan
Muslimin semenjak runtuhnya politik Presiden Morsi. Morsi adalah Presiden
pertama Mesir yang terpilih melalui pilihanraya bebas setelah sekian lama
terbelengu dengan pemerintah tentera selama berdekad. Semenjak itu, ribuan
anggota Ikhwan Muslimin telah ditangkap dan dipenjarakan.
Fatah As Sisi yang menjawat jawatan Presiden Mesir pasca Kudeta
menggambarkan Ikhwan Muslimin sebagai ancaman pengganas utama Negara itu dan
berterusan melakukan kekerasan terhadap sebuah Organisasi Islam yang dianggap
tertua di Mesir.
Meskipun pemimpin-pemimpin Ikhwan Muslimin menegaskan komitmen
mereka terhadap perdamaian serta tidak mengancam politik di Mesir, Namun kebimbangan
terhadap kebangkitan Ikhwan Muslimin sentiasa menghantui Fatah as Sisi yang terkenal
dengan keangkuhan serta berperanan sebagai ‘tali barut’ yahudi dan barat.
Pelbagai sumber.
0 comments:
Post a Comment