Putrajaya
hari ini enggan mengulas dakwaan yang tersebar di media sosial berhubung harga
runcit bahan api akan naik antara 6 sen dan 20 sen berkuat kuasa tengah malam
ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek sebaliknya berkata, pengumuman mengenainya
akan dibuat secara rasmi pada malam ini. "Ini dah selalu orang tanya. Biar tiba masanya,
saya akan umumkan. Malam ini kita akan ada pengumuman harga baru untuk Mac.
Jadi kita tunggulah.
"Apa
pun yang terjadi, apa saja pengumuman kita buat pada malam ini nanti. Kempen
penurunan harga kita akan diteruskan di seluruh negara," katanya pada satu
sidang media selepas melancarkan promosi 'Lebih Nilai, Lagi Hebat' di Shah Alam
hari ini.
Difahamkan, pada masa ini terdapat mesej tersebar
menyatakan antara lain, harga petrol RON95, RON97 dan diesel akan naik sebanyak
20 sen seliter bermula 1 Mac, esok.
Khamis lalu, beliau berkata, harga bahan api bukan
satu-satunya faktor utama mempengaruhi harga barangan. "Apa juga yang berlaku pada 28 Februari, program
ini (kempen penurunan harga barangan) akan berterusan," katanya, sambil
menambah maklumat kempen yang melibatkan pasar raya besar sudah dimuktamadkan. "Harga (barang) tidak boleh dikaitkan dengan
(harga) minyak kerana harga (barangan) ditentukan oleh pasaran, permintaan dan
bekalan," katanya.
Hasan berkata faktor lain juga mempengaruhi harga
barangan. "Petrol bukan faktor tunggal bagi kenaikan harga.
Ini perlu difahami,” katanya.
Sebelum ini, Hasan mengumumkan program penurunan harga
barangan secara besar-besaran di seluruh negara akan dilancarkan pada 1 Mac. Beliau berkata program itu hasil perjumpaan
kementerian dengan pelbagai pihak antaranya syarikat, restoran, pasar raya
besar, pemborong, peniaga, peruncit serta pengeluar makanan dan minuman, pada
minggu lepas. –TMI/28 Februari, 2015.
0 comments:
Post a Comment