Ratusan Muslim Uighur telah meninggalkan China
untuk menghindari penganiayaan dan diskriminasi agama yang mengancam
keselamatan jiwa dan akidah mereka. Meskipun perjalanan mereka menuju Turki
penuh dengan ancaman dan penderitaan, mereka tetap harus melakukannya demi
menyelamatkan diri dari penindasan di negara asal mereka sendiri.
Di Turki, Muslim Uighur ditempatkan di
Kayseri, Pusat Kota Turki. Ketika dimaklumkam akan ada kunjungan dari para
wartawan untuk (temubual bagaimana cara mereka meninggalkan Chia), mereka
menolaknya kerana bimbang akan keselamatan keluarga dan sanak saudara yang
masih tinggal di China.Namun demikian, ada beberapa antara mereka bersetuju pada akhirnya untuk
ditemubual dengan wartawan Al
Jazeera dengan bantuan seorang penerjemah dengan syarat identiti mereka
dirahsiakan.
[Rujuk-Documenting Opression
Against Muslims pada Isnin-9/2/2015]
Mahasiswa Muslim membantah Diskrimasi pemerintah China terhadap penduduk
Islam Uighur.
Seorang lelaki menceritakan, beliau memiliki tujuh orang anak mengatakan
beliau tidak mendaftarkan kelahiran anak-anaknya dan menyembunyikan perkara
tersebut dari pengetahuan pemerintah China. Sementara anak bonsunya pula lahir
ketika dalam perjalanan ke Turki.Beliau menjelaskan mengapa dia meninggalkan
Cina: “Tidak ada keperluan untuk kami tinggal di sana lagi. Isteri saya
dilarang menutup kepalanya [dengan kerudung]. Kami tidak dibenarkan membaca
Al-Qur’an dan bahkan ibadah pun dilarang”.. katanya.
Lelaki itu turut menceritakan beberapa rakannya ditangkap polis. Bimbang
dirinya juga akan ditangkap, beliau memutuskan untuk melarikan diri, tetapi kerana
tidak dibenarkan mendapat pasport, beliau harus memilih jalan yang merbahaya. Katanya,
‘sambil menangis mengenangkan empat lagi anak-anaknya yang ditinggalkan bersama
seorang kenalannya’.
“ Kami tidak mampu membawa kesemua anak-anak kami bersama. Kami tidak
tahu bagaimana dihujung perjalanan yang akan kami tempuhi. Kami tidak tahu apa
yang sedang menunggu kami dalam perjalanan yang merbahaya ini. Saya tidak mahu
mengirim semua anak-anak saya pada kehancuran mereka”.. katanya.
“ Setiap kali Saya keluar jam 7 pagi, saya tidak pernah berhenti
memikirkan anak-anak saya untuk sesaat pun sehingga saya kembali semula dimalam
hari. Tidaklah mudah untuk meninggalkan anak-anak Anda. Anda boleh bayangkan ‘ketidakadilan’
yang memaksa kami untuk melakukannya”..katanya.
Menceritakan pengalamannya ketika berada dalam kapal menuju Turki,..“Kami
bersama satu keluarga lain. Tiba-tiba gadis kecil mereka yang berusia 5 tahun terlepas
dari pangkuan ibunya dan jatuh ke laut. Kami tidak boleh berbuat apa-apa untuk
menyelamatkannya kerana tak satu pun dari kami yang boleh berenang. Tangisan
ibunya masih juga terngiang di telinga saya”.. kenangnya sambil menitis
airmata..
Wallahukalam, dari sumber yang boleh dipercayai/Ar.com
0 comments:
Post a Comment