Dua hari sebelum keputusan diumumkan Selasa ini,
pengadu kes Liwat II Mohd Saiful Bukhari Azlan tampil meluahkan perasaan
sedihnya.Menulis di blog, beliau berkata berasa amat
dukacita dan terkilan mutakhir ini kerana suaranya jarang diambil kira.“Suara, layanan, keadilan dan keprihatinan
terhadap saya sebagai mangsa jarang sekali diambil kira, malah dianggap tidak
relevan dan tidak penting.“Walhal saya ini mangsa, (Datuk Seri) Anwar
Ibrahim orang yang dituduh,” tulisnya.
Mengulas kes yang hampir sampai ke hujungitu, Saiful berkata setelah tujuh tahun beliau mengalami perbagai pengalaman pahit dan manis.Justeru, beliau kini menyerahkan segalanya kepada kuasa Allah."Yang pasti, jika ditakdirkan keputusan nanti tidak berpihak kepada saya, saya akan tetap istiqamah dengan kebenaran ini walau betapa perit sekalipun untuk ditanggung, kerana saya yakin bahawa Allah SWT tidak akan menzalimi hamba-Nya yang tegakkan kebenaran."Pasti ada hikmahnya," kata bekas pembantu Anwar (atas) itu.Saiful juga memuatkan gambar beliau bermunajat di Gua Hirak, Mekah pada November 2010 dengan kapsyen “ Cahaya dihujung, Masjidil Haram”.-MK/8 Februari 2015
0 comments:
Post a Comment