Seorang lelaki bertindak kejam membunuh teman wanitanya
apabila memijak kepala kekasihnya itu hanya kerana berang enggan diberi kata
laluan Facebook.Kane Boyce, 34, dituduh membunuh Paula Newman, 20, di
kediaman mereka di Croydon, London selepas mengesyaki wanita itu menipunya.
Dia menafikan tuduhan itu dan mendakwa Paula mati akibat
terjatuh dari kereta ketika memandu.
Jiran mendakwa mendengar mangsa menjerit ketika pasangan
itu bertengkar malah Boyce didengar menggertak mangsa supaya memberi kata
laluan akaun Facebooknya.
Dalam kejadian 13 November 2013 itu, pasangan berkenaan
menaiki kereta Boyce dan pulang seketika kemudian. Bagaimanapun, mangsa
dilaporkan nampak ‘tidak sihat.’ Paramedik dipanggil ke kediamannya keesokannya selepas
mangsa tidak sedarkan diri, namun gagal menyelamatkannya. Laporan bedah siasat
mendapati punca kematian akibat kecederaan di kepala.Malah, ketika paramedik merawat mangsa, Boyce sibuk
memeriksa telefon bimbit dan pesanan suara mangsa.
Pegawai Pendakwa Gillian Etherton memberitahu mahkamah,
Boyce menjadi taasub dengan akaun Facebook mangsa beberapa minggu sebelum
kematiannya dan sering memaksa wanita berkenaan memberikan kata laluan.“Lelaki ini suka mengawal mangsa, cemburu dan bersifat
ganas sehingga sanggup membelasah dan memijak serta menendang kepala Paula,”
katanya.
Sebelum ini mangsa pernah memberitahu rakannya dia
merancang meninggalkan teman lelakinya dan meminta dia membantu keluar dari
rumah kerana tidak tahan dengan sikapnya.
Malah, Boyce didakwa pernah memberitahu rakannya, dia
sudah meminta kata laluan Facebook Paula, namun wanita terbabit enggan
mendedahkannya.Dia juga kerap menuduh mangsa curang.
MyMetro/4 Februari 2015
0 comments:
Post a Comment