Ramai yang bersedih dan melahirkan dukacita
dengan pemergian Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA), sehingga
pelbagai penulisan, banner, dan ucapan diterima dari pelbagai pihak sama ada
dari kalangan rakan Pakatan Rakyat, BN mahupun dalam dan luar negara.
Namun kekaguman kita kepada sesuatu tokoh tentulah bermanfaat seandainya kita bersama perjuangan yang dibawanya, bukan hanya mengkagumi mereka setelah ketiadaannya.
Apa yang penting kita memahami gagasan besar yang dibawa oleh TGNA ialah menanti keyakinan terhadap ajaran Islam sebagai penyelesaian kepada permasalahan yang berlaku. Kemelut moral, kegawatan ekonomi, masalah perpaduan kaum, dan lainnya mesti kembali kepada asas bahawa manusia adalah hamba Allah dan kita mesti mengambil panduan dari Allah demi kebaikan sejagat.
Kehebatan pemikiran beliau dan gagasan besar yang dibawa membuktikan bahawa beliau merupakan ulama haraki yang berjaya mempraktikkan ajaran dan syariat Ilahi khasnya sewaktu beliau mentadbir kerajaan Kelantan.Alangkah baiknya kalau kita dapat bersama dengan beliau sewaktu beliau masih hidup, bukan hanya mengkagumi selepas beliau tiada. Apatah lagi sewaktu beliau hidup, ribuan cemuhan, kritikal, dan tuduhan yang dilemparkan kepada beliau.Mungkin ada yang akan berkata adat perjuangan mesti menerima hakikat diuji dan dituduh dengan pelbagai pertuduhan.
Hargailah sesuatu sewaktu ia masih ada, agar kita tidak menyesal bila ia sudah tiada. Marilah kita berkongsi perjuangan yang telah ditinggalkan beliau. Mari kita dokongi perjuangan Islam ini, agar kita dapat memancarkan keadilan sistemnya untuk masyarakat yang bernaung di bawahnya agar menikmati keharmonian yang ditentukan-Nya.MK/17 Feb 2015
0 comments:
Post a Comment