“Jika PBB tidak mampu lagi membangun Gaza, serahkan saja pada Turki.
Turki sanggup untuk membangunkan kembali Gaza,” tegas Wakil Perdana Menteri
Turki Numan Kurtulmus. Dikatakan Kurtulmus, jika PBB tidak memberikan
bantuan dana untuk Gaza, maka negaranya mampu mengambil alih tugas PBB untuk membangunkan
Gaza yang hancur selepas tindakan agresif tenteraZionis-Israel pada tahun lalu.
Menurut Kurtulmus, Turki memiliki kemahuan politik dan kesempatan untuk
memberikan bantuan kepada keluarga Palestin.“ Jika PBB tidak akan melakukannya,
kita akan membangun kembali Gaza” katanya, rujuk Sputnik,(29/1). Kenyataan
yang dikeluarkan oleh Numan Kurtulmus menyusul selepas keputusan oleh Badan
Bantuan dan Pekerjaan PBB untuk Pengungsi Palestin (UNRWA) untuk menangguhkan
program bantuan kewangan untuk membina semula rumah yang rusak dan hancur di
Gaza disebabkan kekurangan dana.
Wilayah Gaza telah dikuasai oleh gerakan Hamas semenjak tahun 2007 dan selama itu telah terlibat dalam tiga peperangan menentang Zionis-Israel. Pada Julai tahun 2014, Zionis-Israel melancarkan serangan terhadap Hamas. Konflik yang belaku telah mengorbankan hampir 2,200 rakyat Palestin dan sekitar 71 warga Zionis-Israel, menurut catatan PBB. Lapuran terbaru yang dikeluarkan oleh Pusat Zionis-Israel Informasi untuk Hak Asasi Manusia, juga dikenali sebagai B’Tselem,menganggarkan sekitar 18 ribu rumah telah rusak dan lebih dari 100 ribu rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal.

Pelbagai sumber
0 comments:
Post a Comment