Sinar Harian pada Isnin melaporkan kenyataan Gobind yang berkata, Pas
bukan lagi sebahagian daripada ahli komponen PR sekiranya bertegas
membentangkan rang undang-undang pindaan hudud di persidangan Dun Kelantan pada
18 Mac ini. Gobind yang juga Ahli Parlimen Puchong mendakwa rang undang-undang itu
tidak mendapat sokongan PR yang diwakili oleh PKR, Pas dan DAP.
Sementara itu, menurut Mahfuz lagi, pindaan yang dicadangkan hanyalah untuk mengemaskini dan memperbaiki undang-undang tersebut terutama dari aspek teknikal yang tertentu. “Ia belum dapat dilaksanakan sehinggalah mendapat kebenaran dan pindaan undang-undang di Parlimen. Pindaan yang bakal dibentangkan juga tidak mempunyai sebarang kaitan dengan cadangan pembentangan rang undang-undang persendirian ahli Parlimen (Private Member’s Bill) di Dewan Rakyat yang berkait dengan Perkara 76A Perlembagaan Persekutuan atau Akta Mahkamah Syariah 1965 sebagaimana yang digemburkan oleh sesetengah pihak memandangkan tarikh pembentangannya pun belum ditetapkan lagi.“Pas dan Kerajaan Negeri Kelantan akur dengan apa jua keputusan dan ketetapan yang akan diputuskan di Parlimen kelak sama ada menerima mahupun menolak rang undang-undang persendirian tersebut. Pas juga menghormati keputusan yang telah disepakati bersama di dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat pada 8 Februari 2015 yang lalu,” katanya lagi.-SH/25 Feb 2015
0 comments:
Post a Comment